awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejuta bayi lahir di kawasan bencana Asia menderita kekurangan makanan, rawatan
235,000 penduduk Gaza terjejas akibat kesan musim sejuk 'buatan manusia' - Ketua UNRWA
Melaka FC belum putuskan ketua jurulatih baharu, hormati keputusan Devan, Subramaniam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perdagangan Malaysia–AS meningkat kepada RM325.2 bilion pada 2024, dipacu eksport E&E

Bernama
Bernama
29/12/2025
07:47 MYT
Perdagangan Malaysia–AS meningkat kepada RM325.2 bilion pada 2024, dipacu eksport E&E
Semikonduktor merupakan penyumbang utama (46.8 peratus) kepada prestasi perdagangan Malaysia dengan Amerika Syarikat (AS), kata Mohd Uzir. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Prestasi perdagangan Malaysia dengan Amerika Syarikat (AS) meningkat 30.0 peratus kepada RM325.2 bilion pada 2024 meskipun berdepan dengan ketidaktentuandalam landskap perdagangan global, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ringkasan AI
  • Prestasi perdagangan Malaysia dengan Amerika Syarikat meningkat 30.0 peratus kepada RM325.2 bilion pada 2024, menunjukkan peningkatan eksport dan import, yang dipacu oleh permintaan yang tinggi terhadap produk Malaysia.
  • Eksport Malaysia ke AS didominasi oleh sektor semikonduktor, perkakas telekomunikasi, dan jentera elektrik, sementara eksport peralatan optik dan saintifik mencapai nilai tertinggi pada RM12.9 bilion.
  • Malaysia menduduki tangga pertama dalam laporan Open Data Inventory 2024/25, mengatasi 197 negara lain, menandakan peningkatan prestasi dan pengiktirafan global yang ketara.

Eksport dan import masing-masing berkembang 23.3 peratus dan 42.1 peratus kepada RM198.9 bilion dan RM126.3 bilion, mencerminkan peningkatan permintaan terhadap eksport Malaysia ke AS pada 2024.
"Semikonduktor merupakan penyumbang utama (46.8 peratus), perkakas telekomunikasi, rakaman suara dan pengeluaran semula (19.4 peratus), jentera, perkakas dan peralatan elektrik dan alat ganti (17.0 peratus) dan mesin pejabat serta peralatan pemprosesan data automatik (16.9 peratus)," katanya dalam Malaysia Trade Statistics Review (MTSR) 2025.
Eksport Malaysia bagi peralatan optik dan saintifik ke AS mencapai nilai tertinggi iaitu RM12.9 bilion, meningkat 14.3 peratus pada 2024.
Sumbangan eksport Malaysia ke Amerika Syarikat adalah paling tinggi berbanding negara lainiaitu 21.8 peratus.
Dr Mohd Uzir berkata produk jentera, kelengkapan dan peralatan adalah antara eksport utama Malaysia ke AS pada 2024, menyumbang 12.7 peratus daripada jumlah eksport Malaysia bagi produk jentera, kelengkapan dan peralatan. Nilainya meningkat 33.6 peratus kepada RM8.8 bilion pada 2024 berbanding RM6.6 bilion pada 2023.
Sementara itu, beliau berkata produk getah menunjukkan trend menaik yang kukuh dalam kedudukan eksport utama Malaysia ke AS, meningkat kepada RM7.4 bilion pada 2024, manakala produk perkayuan mengekalkan prestasi eksport yang stabil ke AS, meningkat kembali kepada RM6.0 bilion pada 2024.
Malaysia buat julung kalinya telah menduduki tangga pertama di peringkat global dalam laporan dwi-tahunan Open Data Inventory (ODIN) 2024/25 yang dikeluarkan oleh Open Data Watch (ODW), mengatasi 197 negara lain. Pencapaian ini merupakan lonjakan ketara daripada kedudukan ke-67 dalam penilaian ODIN 2022/23.
-- BERNAMA




Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Malaysia
#Jabatan Perangkaan Malaysia
#dagang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan