KUALA LUMPUR:Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menyifatkan empat perjanjian operasi (OA) baharunya dengan kerajaan akan memberi lebih banyak fleksibiliti kepadanya, khususnya dalam membuat keputusan pelaburan.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulannya, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata terdapat pelbagai pilihan yang boleh dimasukkan dalam OA baharu yang membenarkan syarikat melaksanakan pembiayaan sendiri bagi aktiviti pembangunan lapangan terbang dan tidak hanya terhad kepada Rangka Kerja Asas Aset Terkawal Selia (RAB).
"Di bawah OA sedia ada, semua perbelanjaan modal adalah di bawah kerajaan dengan tiada sebarang mekanisme untuk kami mendapatkan semula kos pelaburan.
"OA baharu itu juga akan memastikan kedua-dua pihak terbuka kepada sama ada (kerajaan) akan mengusahakannya sendiri atau MAHB dapat masuk dan melabur dengan melaksanakan mekanisme RAB atau kaedah lain (bagi pelaburan)," katanya pada taklimat media secara maya bertajuk 'Navigating Unprecedented Crisis and Way Forward (2021-2025)' di sini, hari ini.
Apabila dimeterai kelak, OA baharu itu akan menggantikan dua OA sedia ada yang telah dimeterai pada 12 Februari 2009 iaitu masing-masing bagi pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 manakala satu lagi bagi 38 lapangan terbang lain di seluruh Malaysia.
Mohd Shukrie juga menjangkakan OA baharu tersebut dapat dimeterai menjelang suku kedua tahun ini.
Beliau berkata setiap lapangan terbang memerlukan jumlah pelaburan dan asas pengembangan atau pembesaran yang berbeza.
Menurutnya, sekiranya kaedah RAB diguna pakai, ini akan mendatangkan implikasi terhadap caj perkhidmatan penumpang (PSC) yang mana peningkatan pelaburan itu adalah dalam bentuk kadar cukai lebih tinggi.
"Bagi saya, mungkin ini sebabnya kerajaan tidak mahu semua perkara dimasukkan ke dalam satu mekanisme sahaja. Ini berikutan terdapat kemungkinan bahawa lapangan terbang yang berbeza mempunyai kadar PSC yang juga tidak sama," katanya.
Mohd Shukrie berkata OA baharu itu akan turut dimasukkan dalam perjanjian pajakan tanah baharu.
Jelasnya, antara kekangan MAHB sebelum ini adalah kesukaran menarik pelabur strategik bagi tujuan membantu memajukan tanah, terutamanya di KLIA berikutan tempoh konsesi yang singkat.
Malah, beliau menyifatkan kekangan itu terus wujud walaupun pengendali lapangan terbang itu mempunyai tempoh menguruskan KLIA, klia2 dan 38 lapangan terbang lain di seluruh negara selama 35 tahun lagi iaitu sehingga 2069 berbanding 2034.
"Tidak semudah itu untuk membawa masuk pelabur strategik, bekerjasama dengan kami bagi memajukan tanah atau kawasan jika tempohnya hanya selama 49 tahun.
"Di bawah OA baharu itu, kami berharap tempoh pajakan itu dapat dilanjutkan, mungkin selama 99 tahun agar dapat menarik lebih ramai pelabur," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 20 2021

Mohd Shukrie juga menjangkakan OA baharu tersebut dapat dimeterai menjelang suku kedua tahun ini. - BERNAMA

Nadal tarik diri daripada Terbuka Rotterdam kerana kecederaan belakang
Pemain nombor dua dunia itu sepatutnya akan mewakili Sepanyol dalam kejohanan di Rotterdam Ahoy itu minggu depan.

Azhar Harun sedih ada rakan putuskan hubungan bila dilantik Speaker Dewan Rakyat
Azhar memberitahu teman-temannya berubah sikap dan menjadi "seolah-olah mereka bukan kawan" apabila beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

AWANI Ringkas: Masih ramai tidak percaya, tidak yakin

Intelek gesa NGO bantu sedia kelas pasca PdPR
Pertubuhan Intelek Wawasan Malaysia (Intelek) menggesa lebih banyak NGO tampil membantu menyediakan kelas kepada pelajar pada fasa pasca pelaksanaan PDPR.

Peniaga dijangka lebih berhati-hati suku pertama 2021
Sektor industri merupakan sektor utama menunjukkan isyarat pemulihan namun masih dalam sentimen pesimis dengan petunjuk keyakinan -4.4 peratus pada suku tahun 2021.

Upacara perkahwinan bukan Islam dibenar di kawasan PKP, PKPB, PKPP - JPN
Keputusan itu dibuat kerajaan bagi membolehkan upacara perkahwinan bukan Islam yang tertangguh semasa tempoh PKP 2.0 dapat dilaksanakan.

Ingkar PKP: Denda RM10,000 bagi kesalahan pertama buat rakyat, penguatkuasa pening kepala - Najib
Pelaksanaan denda RM10,000 bagi kesalahan pertama ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan mengakibatkan masyarakat tidak akan berpuas hati, tegas Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lady Gaga tawar RM2 juta pulangkan 'Koji' dan 'Gustav'
Anjing peliharaannya, Koji dan Gustav dipercayai dilarikan perompak dalam insiden tembakan di Hollywood.

Mahkamah tolak permohonan suspek Macau Scam bebas tahanan POCA
Enam lelaki warga China itu ditahan dalam operasi khas polis berkaitan sindiket perjudian dalam talian pada Oktober tahun lepas.

Teliti jalan terbaik panggil PATI suntik vaksin
Kerajaan perlu meneliti jalan terbaik panggil PATI atau pekerja tanpa dokumen sah, tampil ke hadapan dapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Potensi gelembung perjalanan dengan negara Asia Tenggara selepas RGL/TCA Malaysia-Indonesia - MAHB
Shukrie berharap petugas barisan hadapan lapangan terbang akan menjadi antara yang pertama menerima vaksin sebaik.

MAHB, Malaysia Airlines bekerjasama laksana proses pemeriksaan keselamatan lebih selamat
Sistem Penyelarasan Penumpang telah dipasang di titik hubungan utama lapangan terbang itu dan Malaysia Airlines merupakan syarikat penerbangan pertama menggunakannya.

Perjanjian operasi baharu beri lebih banyak fleksibiliti untuk MAHB - CEO
MAHB menyifatkan empat OA baharunya dengan kerajaan akan memberi lebih banyak fleksibiliti kepada pengendali lapangan terbang itu, khususnya dari segi membuat keputusan pelaburan.

Saham MAHB naik 3.8 peratus berikutan trafik penumpang meningkat tiga kali ganda pada Dis 2020
Pergerakan penumpang pada Disember 2020 yang positif membantu mendorong saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) naik 3.8 peratus pada 11 pagi.

MAHB buat perincian panjangkan landasan kapal terbang Pangkor
MAHB sedang membuat perincian termasuk dari aspek kos bagi memanjangkan landasan Lapangan Terbang Pangkor di Teluk Dalam, Pulau Pangkor agar ia boleh beroperasi semula.

MAHB jangka pergerakan penumpang meningkat empat kali ganda mulai 24-31 Dis
Lapangan terbang di seluruh negara meningkatkan langkah berjaga-jaga untuk memastikan semua langkah keselamatan yang disediakan dilaksanakan dengan baik.

Trafik penumpang MAHB susut 84.2 peratus kepada 1.8 juta pada November
Pergerakan penumpang di rangkaian lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd merosot 84.2 peratus dari tahun ke tahun kepada 1.8 juta pada November 2020.

MAHB tawar pakej bantuan baharu kepada peruncit
Menggantikan tawaran yang diumum pada September, yang mana penyewa runcit diberi rebat sewa sehingga 50 peratus selama enam bulan tahun ini.

Lapangan terbang milik MAHB di Turki disenarai kelima paling sibuk di Eropah
Aset luar negara Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen disenaraikan di kedudukan kelima paling sibuk di Eropah.

MAHB sasar ganda penerbangan kargo KLIA dalam tempoh 10 tahun
MAHB dan Alibaba Group menyambut baik permulaan operasi Cainiao Aeropolis, yang dahulunya dikenali sebagai KLIA Aeropolis DFTZ Park