Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 9 Mei 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 9 Mei 2026.
 

  1. ‘Hutang budi dibawa mati’: Istana Pahang ambil maklum kenyataan PM Anwar

    Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, mengambil maklum kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berhubung peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada negeri Pahang.
     

  2. Isu pemecatan dua ADUN Bersatu akan dipersembah kepada Sultan Kedah - MB

    Kedudukan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah yang dipecat daripada Bersatu akan diperincikan sebelum dipersembahkan kepada Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
     

  3. Rimbun 2.0: "Kembalikan GST, panggillah nama apa pun..." - Khairy

    Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mencadangkan kerajaan mengembalikan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
     

  4. Zahid sindir Bersatu, ramal hayat tidak panjang

    Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengulangi sindirannya yang meramalkan jangka hayat politik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak panjang, ditambah lagi dengan pemecatan dan penggantungan beberapa pemimpinnya baru-baru ini.
     

  5. Kad konsesi BAS.MY diperluas kepada pelajar tingkatan enam, pelatih institut latihan

    Penggunaan kad konsesi BAS.MY kini diperluas kepada pelajar tingkatan enam serta pelatih institut latihan milik kerajaan di seluruh negara, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.  
     

  6. KDA tegaskan lesen eksport peluru berpandu NSM untuk LCS TLDM bawah kuasa penuh Norway

    Syarikat Kongsberg Defence & Aerospace AS (KDA) dari Norway menjelaskan bahawa semua keputusan berkaitan lesen eksport bagi pembekalan peluru berpandu anti kapal (NSM) untuk kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) adalah di bawah bidang kuasa penuh pihak berkuasa Norway.
     

  7. Tiada 'deal' kerusi antara UMNO dan KJ - Akmal Saleh

    Tiada sebarang rundingan antara UMNO dan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berhubung kemasukannya semula ke dalam parti, termasuk tawaran kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
     

  8. Unit K9 bomba terima ahli baharu, Labrador lahirkan 'Brave'

    Unit Anjing Pengesan K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima satu lagi ‘ahli baharu’ apabila anjing K9 baka Labrador, Lottie, melahirkan seekor anak jantan pada 18 Mac lepas.
     

  9. Gagal kekang akaun palsu: Kerajaan teliti tindakan terhadap Meta - Fahmi

    Kerajaan, menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), akan meneliti langkah yang akan diambil termasuk dari segi perundangan terhadap syarikat gergasi media sosial milik Meta sekiranya mereka terus gagal mengekang kewujudan akaun palsu, terutamanya melibatkan institusi Raja-Raja Melayu.

     
  10. YDP Agong undang Putin lawat Malaysia pada 2027

    Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Sabtu mengundang Presiden Rusia Vladimir Putin untuk melawat Malaysia pada 2027.

Must Watch Video