awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MCA tiada niat tinggalkan BN - Wee Ka Siong
Kerajaan tidak halang Selangor laksana ternakan babi berpusat, moden - Mohamad Sabu
Kes tikam pelajar: Laporan psikiatri sahkan remaja lelaki layak dibicarakan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perodua perkenal EV pertama, QV-E dengan kos pembangunan RM800 juta oleh pakar tempatan

Bernama
Bernama
01/12/2025
04:05 MYT
Perodua perkenal EV pertama, QV-E dengan kos pembangunan RM800 juta oleh pakar tempatan
Anwar hadir pada majlis peluncuran kereta QV-E di Kuala Lumpur hari ini. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) hari ini memperkenalkan kenderaan elektrik bateri (EV) pertamanya, QV-E berharga RM80,000 sebelum insurans dan tidak termasuk bateri, menandakan langkah penting dalam usaha pembuat kereta nasional itu membangunkan ekosistem EV yang mampan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata QV-E, yang bermaksud 'Quest for Visionary-Electric' menelan kos pembangunan sebanyak RM800 juta dan melibatkan lebih 100 pakar tempatan.
Beliau berkata di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 yang dilancarkan pada 1 Sept 2023, Perodua dilantik sebagai juara dan peneraju pengeluar automotif tempatan untuk membangunkan ekosistem EV.
"Hala tuju yang jelas itu menuntut Perodua untuk menyiapkan peluncuran EV. Pada ketika itu, saya berasa sedikit gusar kerana merasakan matlamat tersebut terlalu bercita-cita tinggi serta mungkin kita belum memiliki kemahiran dan kepakaran tempatan yang mencukupi.
"Namun hari ini, saya sangat bangga bukan sahaja dengan peluncuran EV Perodua ini tetapi kerana ia dihasilkan melalui kepintaran, disiplin, usaha dan kegigihan anak-anak tempatan," kata beliau pada majlis peluncuran kereta QV-E di sini hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#EV
#Anwar Ibrahim
#Perodua
#QV-E
#kenderaan elektrik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan