awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dana Antarabangsa Belia 2026 diteruskan - KBS
Padang Merbok dibuka sepenuhnya, kembali menjadi milik rakyat
Ismail Sabri mahu agenda penyatuan Ahmad Zahid dilaksana dengan ikhlas, jujur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan tidak halang Selangor laksana ternakan babi berpusat, moden - Mohamad Sabu

Bernama
Bernama
16/01/2026
08:15 MYT
Kerajaan tidak halang Selangor laksana ternakan babi berpusat, moden - Mohamad Sabu
Mohamad berkata sebarang projek penternakan perlu memenuhi keperluan alam sekitar dan dilaksanakan mengikut perancangan yang strategik. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kerajaan Persekutuan tiada halangan terhadap keputusan Kerajaan Negeri Selangor untuk melaksanakan penternakan babi secara berpusat dan moden di Bukit Tagar, Hulu Selangor sekiranya kawasan itu didapati sesuai dalam aspek persekitaran serta pengurusan.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata sebarang projek penternakan perlu memenuhi keperluan alam sekitar dan dilaksanakan mengikut perancangan yang strategik.
"Kalau didapati Bukit Tagar lebih sesuai dengan persekitarannya, maka kami di peringkat Persekutuan tidak ada masalah (dengan) apa yang nak dibuat oleh kerajaan negeri," katanya pada sidang media selepas menyampaikan amanat Tahun Baharu 2026 Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di sini hari ini.
Beliau berkata sebarang pemindahan ladang ternakan perlu mengambil kira aspek kelestarian alam sekitar bagi mengelak aktiviti pencemaran yang boleh menjejaskan kesejahteraan penduduk setempat.
"500 ekar tu luas tetapi mesti (konsep) moden untuk mengelakkan pencemaran. Kalau dilakukan dengan sistem (ternakan) moden, tidak akan berlaku pencemaran," katanya.
Beliau berkata amalan penternakan moden itu bukan sahaja akan memastikan pengurusan ternakan lebih efisyen, malah memberi kesan positif terhadap alam sekitar serta komuniti setempat.
Media sebelum ini melaporkan kerajaan Selangor telah memutuskan untuk melaksanakan aktiviti penternakan itu di Bukit Tagar sebagai langkah strategik jangka panjang penstrukturan semula industri itu bermula 2030.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohamad Sabu
#KPKM
#ternakan babi berpusat
#Sultan Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan