KUALA LUMPUR: Persatuan Pengeluar Minyak Sayuran India (IVPA) menjangkakan import minyak sawit dari Malaysia akan kekal stabil di negara itu bagi tempoh separuh kedua 2022.
Jumlah itu meliputi 55 peratus daripada keseluruhan import minyak sawit India walaupun dalam persekitaran Indonesia bertindak meningkatkan eksport komoditi tersebut.
Presiden IVPA Sudhakar Desai berkata ini sejajar dengan pertambahan permintaan di India yang dijangka mencecah kira-kira 800,000 tan sebulan bagi tempoh enam bulan akan datang atau peningkatan kira-kira 20 peratus berbanding dalam separuh pertama 2022.
Mengulas selanjutnya, Desai juga menyifatkan Malaysia berjaya mengekalkan dasar yang stabil serta membantu menampung permintaan India ketika Indonesia melaksanakan larangan eksport minyak sawit.
"Rantaian bekalan itu dapat dikekalkan dengan amat baik dan Malaysia juga berperanan penting dari segi jaminan minyak sayuran untuk memenuhi permintaan India sejak dua bulan lepas," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata satu memorandum persefahaman (MoU) antara IVPA dan Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) turut dimeterai di MIACES 2022 dalam usaha memperkukuh kerjasama antara Malaysia dan India dalam industri berkaitan.
"MoU itu bertujuan mewujudkan kerjasama dalam mempromosikan industri minyak sawit India selain saling bertukar maklumat berkaitan usaha-usaha kemampanan serta penyelidikan dan pembangunan dalam bidang minyak sawit," katanya.
Menurutnya, IVPA dan MPOC akan turut mengemukakan isu-isu berkaitan dasar yang dinamik dengan penggubal dasar terbabit bagi manfaat industri di kedua-dua negara.
Sebelum ini, Indonesia yang juga pengeluar terbesar minyak sawit dunia telah mengenakan larangan eksport produk-produk minyak sawit mulai 28 April, 2022 bagi memenuhi keperluan domestik susulan kenaikan harga komoditi itu.
Bagaimanapun, harga minyak sawit mulai merosot ketara selepas Indonesia menarik balik larangan selama tiga minggu itu pada 23 Mei lepas dan disusuli dengan pengecualian levi eksport bagi semua produk berkaitan mulai 15 Julai hingga 31 Ogos.
Perkembangan terbaharu pada 4 Jun lepas juga menyaksikan Indonesia mengeluarkan permit eksport bagi sejumlah 275,454 tan produk minyak sawit sejak langkah itu dilaksanakan semula pada Mei.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 29 2022
Jumlah itu meliputi 55 peratus daripada keseluruhan import minyak sawit India walaupun dalam persekitaran Indonesia bertindak meningkatkan eksport komoditi tersebut. -Gambar hiasan/Dagang News
Ketua PBB gerakkan pemimpin global untuk tindakan iklim menjelang 2025
PBB melancarkan inisiatif Janji Iklim 2025 pada Selasa, usaha bersepadu global untuk mencegah suhu daripada meningkat melebihi 1.5 darjah Celsius seperti yang termaktub dalam Perjanjian Paris.
Universiti Malaysia diminta siasat, sedia laporan segera jemputan Bruce Gilley
Datuk Seri Zambry Abd Kadir telah mengarahkan sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri penceramah itu dibatalkan segera.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 April 2024.
Universiti Malaya dikecam kerana jemput pensyarah pro-Israel
Universiti Malaya mendapat kecaman kerana membenarkan seorang ahli akademik Amerika Syarikat menyebarkan propaganda Zionis.
Tragedi helikopter: Jenazah mangsa di Perak selamat dikebumi, jasad Sivasutan disemadi esok
Urusan pengebumian dua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut di Perak selesai kira-kira 9.25 malam ini.
Tumpuan Khamis - 25 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jenazah dua mangsa tragedi helikopter selamat dikebumikan di Kedah
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan sepanjang proses pengebumian berlangsung.
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Persatuan pengeluar di India unjur import minyak sawit dari Malaysia kekal stabil
Jumlah itu meliputi 55 peratus daripada keseluruhan import minyak sawit India walaupun dalam persekitaran Indonesia bertindak meningkatkan eksport komoditi tersebut.