SAN FRANCISCO: Pertumbuhan ekonomi di rantau Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang merangkumi 21 angota menunjukkan tanda-tanda bertambah baik, dengan unjuran pertumbuhan 3.3 peratus pada tahun ini berbanding 2.6 peratus pada 2022.
Menurut laporan APEC Regional Trend Analysis (Analisis Trend Serantau APEC) yang terkini, pemulihan pelancongan dan penggunaan domestik sedang memacu kegiatan ekonomi.
Walau bagaimanapun, kesan buruk akibat pandemik, inflasi, hutang yang lebih tinggi, perubahan iklim, perlindungan perdagangan, ketegangan geopolitik dan pemisahan ekonomi terus menyuramkan unjuran, jelas laporan itu yang dikeluarkan oleh Unit Sokongan Dasar APEC hari ini menjelang Minggu Pemimpin Ekonomi APEC.
Pengarah Unit Sokongan Dasar, Carlos Kuriyama berkata terdapat tanda-tanda positif dalam APEC namun hal itu sedang menangani tempoh sukar dalam keadaan risiko negatif.
"Pertumbuhan ekonomi di rantau ini masih tidak sekata walaupun kita berharap kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih stabil pada tahun-tahun mendatang," katanya.
Inflasi susut kepada 3.4 peratus pada September 2023, berbanding kadar 6.6 peratus yang direkodkan pada tempoh sama tahun lepas, tambah laporan itu.
Laporan itu menjelaskan peningkatan dalam beberapa bulan kebelakangan ini dan memberi amaran bahawa inflasi mungkin memburukkan ekonomi rantau ini terutama apabila sekatan eksport, isu melibatkan rantaian bekalan baja dan keadaan cuaca menjejaskan beberapa produk pertanian.
Penganalisis Unit Sokongan Dasar dan Pengarang Bersama laporan itu, Rhea C. Hernando berkata untuk berjuang melawan inflasi yang degil, banyak ekonomi APEC telah mengetatkan dasar monetari dengan menaikkan kadar faedah.
Laporan itu menekankan kepentingan komunikasi yang jelas daripada penggubal dasar apabila melibatkan keputusan monetari untuk menguruskan jangkaan.
Kerajaan perlu mengekalkan kehematan fiskal dengan perbelanjaan bersasar untuk melindungi populasi rentan dan membina semula penampan fiskal, menurut laporan itu.
Beliau berkata inflasi yang tinggi bukan hanya menyebabkan kos sara hidup lebih tinggi malah juga membawa kepada peningkatan kadar faedah dan menambah ketidaktentuan, yang memberi kesan kepada pelaburan dan penggunaan serta kemampanan hutang.
"Ini seterusnya boleh melemahkan pemulihan ekonomi pascapandemik," tambah Hernando.
Kesan daripada persekitaran monetari yang lebih ketat di seluruh rantau ini, perdagangan mengalami penguncupan pada separuh pertama 2023, dengan volum dan nilai eksport masing-masing merosot kepada -3.5 peratus dan -7.1 peratus.
Tekanan inflasi dan kos pembiayaan perdagangan yang lebih tinggi ditambah dengan ketidaktentuan global telah mengakibatkan perdagangan lembap di rantau ini.
"Eksport dan import perdagangan barangan dijangka meningkat sedikit masing-masing sebanyak 0.1 peratus dan 0.3 peratus pada 2023 dengan unjuran pertumbuhan yang lebih optimistik untuk perdagangan barangan pada 2024 dan 2025 pada 4.3 hingga 4.4 peratus," kata Penyelidik Unit Sokongan Dasar dan Pengarang Bersama laporan itu, Glacer Nino A. Vasquez.
Laporan itu turut menjelaskan bahawa masa depan perdagangan dalam APEC dikaburkan oleh pemecahan geoekonomi dan pertambahan langkah sekatan perdagangan, termasuk remedi perdagangan.
Peralihan demografi juga akan menimbulkan cabaran kepada ekonomi rantau ini kerana populasi semakin tua dan kadar kelahiran semakin menurun.
Ini bermakna golongan pekerja perlu menghadapi beban yang lebih besar dalam menyokong populasi yang semakin menua.
"Penyelarasan berbilang hala kekal penting untuk menangani perlindungan perdagangan, peningkatan hutang, perubahan iklim, peralihan ekonomi hijau dan gangguan rantaian bekalan.
"Kerjasama juga penting untuk menangani cabaran kompleks yang dihadapi rantau APEC," kata Kuriyama dalam satu kesimpulan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 13 2023
Masa depan perdagangan dalam APEC dikaburkan oleh pemecahan geoekonomi dan pertambahan langkah sekatan perdagangan, termasuk remedi perdagangan. - Foto Bernama
Subsidi diesel: Hak dia nak saman, kita jumpa di mahkamah - Loke
Loke memaklumkan hanya mengetahui tentang perkara itu melalui kenyataan yang dikeluarkan Datuk Armizan Mohd Ali, pada Sabtu.
[TERKINI] Hujan lebat di enam negeri sehingga lewat petang
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir di enam negeri sehingga 6 petang ini.
AWANI Ringkas: Malaysia amal dasar berbaik semua negara, kecuali Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ICC arah penggunaan istilah Negara Palestin dalam prosiding mahkamah
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) secara rasmi meminta badan bukan kerajaan (NGO) dan institusi lain, termasuk yang disokong Jerman dan Israel, menggunakan istilah 'Negara Palestin' dalam hujah bertulis mereka, menggantikan istilah 'Palestin' yang digunakan sebelum ini.
800 unit darah dibekalkan ke gudang di selatan Gaza
Ia sebahagian fasa kedua kempen 'Our Blood is One' yang menyaksikan sumbangan darah dari penduduk utara Palestin dihantar ke selatan.
Tujuh maut akibat hujan lebat, angin kencang
Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dan jutaan orang terputus bekalan elektrik selepas hujan lebat dan angin kencang melanda bandar paling ramai penduduk di Brazil, Sao Paulo, pada Jumaat.
Seorang maut nahas pesawat di Siberia
Seorang disahkan maut apabila sebuah pesawat penumpang dan barang, Antonov Three Rusia cuba melakukan pendaratan cemas di wilayah Yakutia di Siberia pada Ahad.
Ahli politik India, Baba Siddique maut ditembak
Menurut polis, ahli politik pembangkang di India itu diserang orang tidak dikenali yang melepaskan tembakan ke kenderaannya kira-kira jam 9.30 malam waktu tempatan pada Sabtu.
Amaran ribut petir di enam negeri petang ini
Sarawak dijangka paling terjejas dengan cuaca tersebut, antaranya di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri
Kebebasan badan kehakiman perlu kekal jadi keutamaan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata kebebasan badan kehakiman dan kedaulatan undang-undang perlu kekal menjadi keutamaan dalam menegakkan keadilan.
Panduan Dasar APEC akan sediakan rangka kerja untuk negara anggota
Usaha itu bukan sahaja akan menyokong matlamat setiap negara tetapi juga menyumbang secara signifikan kepada agenda penyahkarbonan global.
Gyeongju, Korea Selatan dipilih sebagai tuan rumah Sidang Kemuncak APEC 2025
Jawatankuasa Persediaan untuk Sidang Kemuncak APEC memilih Gyeongju sebagai lokasi untuk sidang kemuncak yang dijadualkan pada November.
Pertumbuhan ekonomi rantau APEC dijangka cecah 3.4 peratus pada 2024 - Laporan
Pertumbuhan ekonomi di negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka mencecah 3.4 peratus pada 2024 dan perlahan kepada 2.9 peratus pada 2025-2026.
APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) harus secara kolektif mewujudkan penetapan gaji standard untuk mencegah kadar gaji tidak sesuai yang memberi kesan kepada golongan wanita.
APEC 2024: Mesyuarat pertama ABAC tumpu keresahan akibat pemecahan ekonomi global
Mesyuarat pertama ABAC 2024 beri tumpuan kepada keresahan yang mendalam berkenaan tekanan daripada pemecahan ekonomi global.
APEC tidak boleh goyah dalam menyokong kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Katanya, platform tersebut mesti meningkatkan manfaat perjanjian perdagangan pelbagai hala.
Dunia perlu agenda perubahan, capai kejayaan bersama - MITI
Dunia memerlukan agenda perdagangan baharu yang tidak terikat dengan klise lama.
APEC 2024: Mesyuarat pertama ABAC tumpu reda tekanan ekonomi serantau
Mesyuarat tiga hari bermula semalam menjadi platform dialog kepada usaha untuk meredakan tekanan ekonomi yang melanda rantau ini.
Anwar kutuk Israel depan Joe Biden
Anwar menggunakan setiap ruang yang ada pada pertemuan tersebut untuk membangkitkan isu penindasan berterusan terhadap rakyat Gaza.
PM Anwar laung seruan selamatkan penduduk Gaza, wakili ekonomi pesat membangun di APEC 2023
Mesej PM di setiap platform mudah dan jelas - pembunuhan dan kekejaman di Gaza perlu dihentikan dan tidak ada pilihan lain lagi.