awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seleweng dana zakat: SPRM tahan seorang lagi individu

Bernama
Bernama
22/10/2025
10:57 MYT
Seleweng dana zakat: SPRM tahan seorang lagi individu
SPRM Kuala Lumpur menahan seorang lagi individu kerana disyaki terbabit dalam sindiket penyelewengan peruntukan wang zakat berjumlah kira-kira RM120,000 melibatkan 28 pemohon tidak layak. - Foto hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan seorang lagi individu kerana disyaki terbabit dalam sindiket penyelewengan peruntukan wang zakat berjumlah kira-kira RM120,000 melibatkan 28 pemohon tidak layak.

Ringkasan AI
  • SPRM Kuala Lumpur menahan seorang wanita berusia 50-an kerana disyaki terbabit dalam sindiket penyelewengan wang zakat berjumlah RM120,000 melibatkan 28 pemohon tidak layak.
  • Suspek dipercayai bersekongkol dengan bekas pekerja badan berkanun yang ditahan sebelum ini bagi memudahkan permohonan insentif modal perniagaan.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dan kedua-dua suspek kini dalam siasatan lanjut.

Menurut sumber, wanita berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira 4 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur.
"Siasatan awal mendapati suspek yang merupakan kakitangan badan berkanun disyaki bersubahat dengan sorang suspek wanita yang sebelum ini ditahan SPRM pada Ahad lepas.
"Suspek dipercayai bersekongkol bagi memudahkan proses permohonan insentif modal perniagaan yang dikeluarkan oleh sebuah badan berkanun," katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur Mohamad Zakkuan Talib ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
Ahad lepas, media melaporkan seorang wanita yang juga bekas pekerja sebuah badan berkanun direman selama empat hari bermula 19 Okt kerana disyaki terbabit kes sama.
Menurut sumber, wanita berusia lingkungan 30-an itu bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas tempoh remannya tamat hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Seleweng dana zakat
#SPRM
#wang zakat
#Badan Berkanun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan