KUALA LUMPUR: Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka meningkat semula pada separuh kedua tahun ini susulan impak pengembangan strategi fiskal dan monetari, demikian menurut Public Investment Bank Bhd.
Menurut bank pelaburan itu, sentimen keseluruhan akan dipacu oleh usaha vaksinasi yang giat dijalankan dan membolehkan negara mencapai sasaran imuniti berkelompok menjelang akhir tahun ini.
"Usaha itu boleh mendorong pemulihan dalam sektor-sektor sensitif seperti pelancongan dan perkhidmatan selain menjana pengeluaran berterusan bagi sektor utama iaitu pembuatan, pembinaan dan pertanian berikutan keputusan membenarkan operasi dikekalkan," katanya dalam nota penyelidikan pada Jumaat.
Sebanyak enam program rangsangan fiskal COVID-19 yang diperkenalkan oleh kerajaan dengan nilai melebihi 20 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau RM340 bilion, akan turut mendorong peningkatan ketara output, sekali gus berpotensi mendorong ekonomi ke tahap sebelum krisis.
Public Investment Bank berkata, pertumbuhan ekonomi akan turut disokong oleh persekitaran kadar faedah akomodatif ketika pemulihan inflasi yang dipacu oleh lebih banyak faktor pendorong kos, terutama minyak.
Pada Khamis, BNM menerusi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75 peratus -- keputusan yang sejajar dengan jangkaan bank serta pasaran.
OPR juga telah dibiarkan stabil sejak September 2020 yang didorong oleh faktor seperti enam pakej rangsangan fiskal COVID-19 yang dilaksanakan sepenuhnya pada tahun ini serta dijangka memberi limpahan impak positif ke atas ekonomi.
Menurut Public Investment Bank, pemacu pertumbuhan lain berkemungkinan menerusi pewujudan sekurang-kurangnya 500,000 pekerjaan melalui inisiatif swasta-awam yang dapat melonjakkan pendapatan serta perbelanjaan.
"Strategi bank pusat yang berteraskan data susulan impak rangsangan perbelanjaan dan persekitaran kadar faedah akomodatif, dijangka menyaksikan OPR kekal stabil dalam separuh pertama tahun ini," katanya.
Bagaimanapun, bank pelaburan itu mengingatkan bahawa risiko penurunan berkemungkinan disebabkan oleh cabaran usaha vaksinasi berikutan hanya kira-kira 30 peratus rakyat yang mendapatkan suntikan berkenaan setakat ini.
"Selain itu, rundingan dagangan akan datang Amerika Syarikat-China juga menjadi antara kebimbangan kerana melibatkan tempoh lebih lama berikutan penangguhannya," katanya.
Sementara itu, AmBank Research berkata OPR dijangka kekal pada paras semasa sepanjang 2021 walaupun terdapat kemungkinan sebanyak 10-20 peratus untuk semakan naik melibatkan 25 mata asas pada separuh kedua tahun ini.
"Pada masa ini, tiada sebarang keperluan mendesak untuk BNM mengubah kadar sedia ada. Petunjuk ekonomi juga memaparkan momentum prestasi ekonomi yang bertambah baik," katanya.
Menurutnya, walaupun inflasi dijangka meningkat pada suku kedua 2021, ia akan kembali stabil pada tempoh selepas itu.
"Kenaikan ini terutamanya disumbangkan oleh aspek kos. Inflasi diunjur sekitar 3.0 peratus-3.5 peratus dengan KDNK bagi 2021 dijangka sekitar 6.0 peratus dengan penurunan pada 5.0 peratus dan meningkat pada 7.0 peratus," katanya.
Sementara itu, Moody's Analytics pula berkata di sebalik pelaksanaan program vaksinasi itu, masih terdapat risiko penurunan susulan ancaman penularan baharu COVID-19 dan pelaksanaan semula sekatan pergerakan lebih meluas yang boleh menjejaskan usaha pemulihan ekonomi Malaysia.
"Keengganan menerima vaksin itu jika tidak ditangani dengan sewajarnya, boleh menjejaskan keyakinan serta imuniti berkelompok yang disasarkan," katanya dalam nota penyelidikan.
Malah, katanya, lonjakan hasil Perbendaharaan AS baru-baru ini juga memberi kesan berganda ke atas ekonomi negara sedang pesat membangun, termasuk Malaysia.
Menurutnya, peningkatan hasil bon berkenaan boleh mencetuskan jualan besar-besaran di pasaran sedang pesat membangun selain menjejaskan kestabilan kewangan Malaysia.
"Atas faktor ini, ruang bagi perubahan dasar monetari adalah terhad. BNM perlu mengambil kira risiko ketidakstabilan kwangan serta pemulihan ekonomi yang tidak lancar.
"Oleh itu, bank pusat itu dijangka mengekalkan pendirian akomodatif itu sehingga akhir tahun ini dan pada masa sama mungkin beralih kepada pendekatan bersasar lain untuk merancakkan ekonomi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 07 2021
Sentimen keseluruhan akan dipacu oleh usaha vaksinasi yang giat dijalankan dan membolehkan negara mencapai sasaran imuniti berkelompok menjelang akhir tahun ini. - Gambar fail/BERNAMA
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Inflasi Malaysia pada Jun terkawal, kekal 2% pada bulan pertama rasionalisasi subsidi
Inflasi Malaysia kekal 2.0 peratus pada Jun 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.0 berbanding 130.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Niaga hadapan FBM KLCI dijangka terus catat momentum meningkat minggu depan
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan trajektori meningkat minggu depan.
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar kepada RM5.1 bilion pada Januari
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar pada Januari, apabila warga asing menjual bersih sekuriti hutang bernilai RM5.1 bilion.
Elak birokrasi, tumpu usaha tarik pelabur asing - Tengku Zafrul
Semua kementerian perlu memberi tumpuan terhadap usaha menarik pelaburan dari luar negara dengan mengurangkan birokrasi.
Inflasi Malaysia 2.4 peratus pada Jun, terendah bagi separuh pertama 2023
Inflasi Malaysia pada Jun 2023 mereda kepada 2.4 peratus, angka terendah bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Bursa Malaysia dibuka rendah susulan sentimen berhati-hati
Bursa Malaysia memulakan dagangan Isnin dengan lebih rendah berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.
Ringgit susut berikutan pengukuhan dolar AS
Ringgit meneruskan penurunannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal Isnin.
Elon Musk minta jumpa PM Anwar minggu depan
Bilionair Elon Musk menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu depan berhubung penambahan pelaburan di Malaysia.
Anwar umum duti setem dikurang kepada 0.10 peratus, tingkat daya saing pasaran saham
Kerajaan mengumumkan kadar duti setem bagi saham yang didagangkan di Sekuriti Bursa Malaysia dikurangkan daripada 0.15 peratus kepada 0.10 peratus daripada nilai kontrak.
AmInvestment semak turun unjuran pendapatan Malaysia Airports bagi FY23-FY24
Bagaimanapun, keuntungan bersih FY25 dikekalkan dengan menjangkakan peningkatan yang mampan dalam trafik penumpang MAHB.