KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MoF) menjangkakan momentum perkembangan ekonomi negara akan terus kukuh pada suku ketiga tahun ini, didorong oleh prestasi yang menggalakkan dalam perdagangan luar dan sektor pelancongan yang memberansangkan.
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, begitupun kerajaan akan kekal berhati-hati untuk separuh kedua 2022 apabila prospek ekonomi masih tertakluk kepada risiko pertumbuhan yang lebih sederhana.
Keadaan itu, jelas beliau dipengaruhi oleh ketidaktentuan ekonomi global terutamanya disebabkan konflik Rusia-Ukraine yang berpanjangan dan kelembapan ekonomi China berikutan pelaksanaan langkah-langkah pencegahan COVID-19 yang ketat.
"Risiko-risiko tersebut telah menyebabkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyemak semula unjuran pertumbuhan global bagi tahun 2022 daripada 3.6 peratus kepada 3.2 peratus
"Selain itu, tekanan inflasi yang lebih tinggi berikutan harga komoditi dan makanan yang dijangka meningkat, serta gangguan rantaian bekalan global yang berlanjutan turut menjadi faktor yang boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi global," katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang lebih kukuh sebanyak 8.9 peratus pada suku kedua 2022 dipacu permintaan domestik yang kukuh di tengah-tengah pemulihan pasaran pekerjaan.
BACA: KDNK: Tumbuh 8.9 peratus, diunjur terus berkembang tahun ini - Gabenor
Pertumbuhan itu juga lebih kukuh berbanding 5.0 peratus yang dicatatkan pada suku pertama 2022, sekali gus menjadikan pertumbuhan pada separuh pertama 2022 sebanyak 6.9 peratus.
Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata antara petunjuk ekonomi yang menunjukkan trend aliran pertumbuhan termasuk kadar pengangguran yang menurun kepada 3.8 peratus pada Jun lalu.
Kadar pengganguran tersebut, jelas beliau adalah terendah sejak COVID-19 melanda negara dengan sejumlah 630,000 penganggur berbanding 826,000 pada Mei 2020.
Dalam pada itu, beliau menambah MoF ketika ini sedang giat menyediakan Bajet 2023 melalui konsultasi dan libat urus dengan pelbagai sektor ekonomi dan negeri bagi memastikan bajet tersebut memberi manfaat kepada seluruh Keluarga Malaysia.
Antara keutamaan, kata Tengku Zafrul termasuk pengurusan subsidi yang lebih mampan, pembaharuan ekonomi, serta pengukuhan daya tahan negara terhadap kejutan masa depan.
"Berikutan cabaran serius ketidaktentuan geopolitik dan perubahan iklim, inisiatif yang berkaitan dengan kemampanan juga akan dipertimbangkan secara lebih meluas.
"Seiring dengan momentum pemulihan ekonomi pasca COVID-19, Bajet 2023 akan terus mengutamakan kebajikan rakyat, khususnya dari segi peningkatan pendapatan dan perlindungan sosial.
"Usaha pembaharuan ekonomi juga akan diberi keutamaan untuk memastikan pertumbuhan jangka panjang serta peningkatan daya saing dalam perniagaan dan rantaian nilai," ujarnya lagi.
Hasimi Muhamad
Fri Aug 12 2022
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata MoF sedang menyediakan Bajet 2023 melalui perundingan dan perbincangan dengan pelbagai sektor ekonomi dan negeri. - Gambar fail/FB Tengku Zafrul
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Pertumbuhan ekonomi suku ketiga dijangka kekal kukuh - Tengku Zafrul
Kerajaan akan kekal berhati-hati untuk separuh kedua 2022 apabila prospek ekonomi masih tertakluk kepada risiko pertumbuhan yang lebih perlahan.