KUALA LUMPUR: Malaysia perlu mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi bagi mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkualiti tinggi untuk merapatkan jurang kemahiran antara tenaga kerja, yang merupakan "cabaran paling penting dalam era kita," kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Beliau berkata kementeriannya "tidak pernah mengalihkan perhatiannya daripada kepentingan permintaan agregat, penciptaan perniagaan, inovasi, dan memilih pertumbuhan tinggi, industri bernilai tinggi untuk melabur."
"Walau apa pun versi pekerjaan pada masa depan, ia hanya akan dilihat meyakinkan jika terdapat enjin pertumbuhan yang mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi.
"Justeru, pertumbuhan ekonomi merupakan faktor utama - yang menjadi keperluan asas - kepada kementerian ini," katanya ketika berucap pada perasmian Deloitte South East Asia (SEA) Regional Capability Centre, di sini hari ini.
Beliau berkata bahawa "latihan semula dan pembangunan tenaga kerja juga perlu ditingkatkan ke skala yang tidak pernah dilihat sebelum ini."
Memetik laporan terkini Bank Dunia mengenai jurang kemahiran antara tenaga kerja yang besar, Rafizi menyatakan bahawa "untuk kita menjadi setara dengan negara-negara OECD (Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi) maju dari segi kemahiran, kita perlu mewujudkan dua juta lagi pekerjaan berkemahiran tinggi."
Beliau berkata ia merupakan cabaran global yang masih dihadapi oleh banyak negara.
"Dalam beberapa bulan akan datang, kami akan melancarkan satu siri inisiatif untuk memudahkan akses kepada program peningkatan kemahiran pada skala besar supaya kami dapat mengurangkan ketidakseimbangan permintaan bekalan," katanya.
Selain itu, Rafizi berkata persekitaran yang menyokong mobiliti tenaga kerja juga perlu diwujudkan kerana ia tidak mencukupi hanya sekadar melatih namun tidak memikirkan cara meletakkan kemahiran tenaga kerja yang sesuai dalam pekerjaan yang tepat.
Rafizi berkata perancangan terhadap tenaga kerja harus aktif dan bersungguh-sungguh, dan Malaysia mesti menyesuaikan dan mencabar kepercayaan terhadap faktor yang menjadikan seorang pekerja yang baik.
Katanya, dengan mengambil pendekatan yang mengutamakan kemahiran dan membolehkan tenaga kerja tempatan berkhidmat di rantau ini ia akan menangani masalah struktur ekonomi dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan rantaian nilai.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 07 2023

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli (tengah) pada perasmian Deloitte South East Asia (SEA) Regional Capability Centre, hari ini. - Foto BERNAMA

Piala Malaysia: TFC, KL City berjaya ke separuh akhir
Terengganu FC akan menentang Kuala Lumpur (KL) City FC pada separuh akhir pertama pada 20 Okt ini dan separuh akhir kedua pada 3 Nov ini.
Tiga hos, Zamani, Ezad Lazim dan Nikki Palikat antara peserta Hot Seat
All Stars Gegar Vaganza akan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 24 September, setiap Ahad, jam 9 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Pendatang terus rentas sempadan Texas di sebalik kekangan
Pada Khamis lalu, kira-kira 900 pendatang menyeberangi sempadan Amerika Syarikat itu dan pada Jumaat, kira-kira 1,200 pendatang melakukan perkara sama.

Wee Ka Siong pertahan jawatan Presiden MCA
Datuk Seri Wee Ka Siong mempertahankan jawatan Presiden MCA untuk penggal kedua selepas keputusan rasmi pemilihan ahli jawatankuasa pusat parti itu diumumkan Setiausaha Agung Datuk Chong Sin Woon.
Hangzhou hadirkan persekitaran yang baik - Norza
Menurut Presiden MOM, Tan Sri Norza Zakaria, Malaysia suka bertanding di China, bukan hanya kerana bandarnya kerana di Guangzhou sebelum ini, kontinjen negara juga merekodkan keputusan yang baik.
Dua bayi antara 35 terkorban kebakaran depot bahan api haram
Punca kebakaran sebuah depot bahan api haram di selatan Benin dekat dengan sempadan Nigeria mungkin berpunca dari bahan api yang diseludup.
Putus tunang, pemuda nekad kembali ke pangkal jalan
Paling membuatkan Saiful terkilan kerana mengkhianati kepercayaan bekas tunang dan bakal ibu mentuanya, yang disifatkan sangat baik baik kepadanya.
[TERKINI] Van bawa pelancong Singapura terbabas, seorang maut
Sebuah van persiaran yang membawa sembilan pelancong dari Singapura dilaporkan terbabas dan terjunam di Bukit Genting, Balik Pulau.
PM Anwar akan ketuai delegasi Malaysia ke APEC November ini
Selain mesyuarat pemimpin APEC, kalangan pemimpin ASEAN kecuali Myanmar, turut dipelawa bagi mesyuarat berasingan oleh Presiden AS Joe Biden, kata Anwar kepada media Malaysia di akhir kunjungan empat hari beliau ke New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) kali ke-78.
[TERKINI] Suspek utama kes bunuh kanak-kanak Lahad Datu diberkas
Seorang lelaki warga asing berusia 33 tahun yang dipercayai suspek kes bunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di Lahad Datu, berjaya diberkas polis.
Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, suspek yang berbangsa Timor Indonesia itu ditahan di perumahan pekerja Felda Sahabat 30 pada jam 7 pagi Ahad.
Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, suspek yang berbangsa Timor Indonesia itu ditahan di perumahan pekerja Felda Sahabat 30 pada jam 7 pagi Ahad.

Rafizi pertahan kenyataan rakyat ketagih makan luar
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mempertahankan kenyataannya sebelum ini mengenai rakyat Malaysia ketagih makan luar bukan sengaja direka-reka kerana ia berasaskan data yang direkodkan.

Pembangunan sistem pangkalan data PADU capai 60 peratus, sedia diguna Januari - Rafizi
Pembangunan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) kini sudah mencapai 60 peratus dan sedia untuk digunakan pada Januari tahun depan.

Kajian separuh penggal RMK12 dibentang di Dewan Negara hari ini
Rafizi Ramli membentangkan usul KSP RMK12 yang menyaksikan Kerajaan Perpaduan menambah jumlah siling perbelanjaan RMK12 sebanyak RM15 bilion untuk dibahaskan.

K'jaan tanggung subsidi lebih RM100 bilion setahun jika harga minyak mentah dunia cecah AS$100 setong
Kerajaan dijangka menanggung subsidi lebih RM100 bilion setahun sekiranya harga minyak mentah dunia mencecah AS$100 setong, melainkan reformasi dilaksanakan terhadap sistem subsidi.

Lawatan kedua PM Anwar ke China dijangka hasilkan satu lagi pelaburan sampingan
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan datang ke China dijangka menghasilkan satu lagi pelaburan sampingan kepada Malaysia seperti yang telah dicapai dalam lawatan sebelum ini pada

Basmi kemiskinan, kerajaan fokus tingkat pendapatan isi rumah - Rafizi
Kerajaan kini memberi fokus pada meningkatkan pendapatan isi rumah dan pembasmian kemiskinan akan menyusul (selepas itu), kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

RMK12: Cabaran urus nadir bumi, lihat pengalaman lampau negara - Rafizi
Biarpun hasil nadir bumi Malaysia mampu mencecah hingga trilion dalam tempoh satu ada dua dekad seterusnya, kerajaan prihatin dengan kebimbangan sesetengah pihak tentang kemungkinan pencemaran kelak.

Isu DNAA Zahid: Rakyat perlu adil, tunggu penjelasan dua Peguam Negara - Rafizi
Mengakui beliau juga inginkan jawapan seperti mana orang lain, Rafizi berkata lebih baik mendengar penjelasan daripada Idrus Harun dan Terrirudin.

Ahli Parlimen Sri Aman cadang GST dilaksanakan semula
Meskipun cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dihapuskan pada 1 Jun 2018 namun ada beberapa pihak mencadangkan cukai tersebut dilaksanakan semula.

Perkenal semula GST boleh tingkat hasil kerajaan tetapi perlu lebih jelas - Ahli ekonomi
Memperkenalkan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan meningkatkan hasil kerajaan, tetapi ia perlu lebih jelas.