KUALA LUMPUR: Pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 8.7 peratus bagi tahun 2022 menunjukkan pemulihan keyakinan pengguna, perniagaan dan pelabur kepada ekonomi negara, kata Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata pencapaian pertumbuhan 8.7 peratus itu disokong oleh prestasi ekonomi yang kukuh pada suku keempat 2022 yang antara lain melihat pemulihan perbelanjaan dan pelaburan swasta, penurunan pengangguran serta pengukuhan mata wang ringgit.
"Dengan persekitaran ekonomi global yang semakin mencabar, Belanjawan 2023 akan menggariskan strategi kerajaan untuk terus menyokong pertumbuhan ekonomi serta keyakinan sektor swasta bagi meneruskan momentum pertumbuhan yang dicapai pada tahun 2022 demi kesejahteraan rakyat," katanya dalam kenyataan menerusi Kementerian Kewangan (MOF) malam tadi.
Menurut kenyataan itu, ekonomi Malaysia bagi 2022 merekodkan prestasi memberangsangkan dengan pertumbuhan KDNK sebanyak 8.7 peratus, mengatasi jangkaan 6.5 hingga 7.0 peratus yang dibuat pada Oktober 2022.
Prestasi pertumbuhan ini juga jauh melebihi pertumbuhan ekonomi 3.1 peratus yang dicapai pada 2021, jelasnya.
Antara indikator ekonomi yang telah menunjukkan prestasi kukuh pada suku keempat 2022 adalah permintaan domestik terus dipacu oleh penggunaan swasta yang disokong oleh prospek pasaran buruh yang lebih baik dan keyakinan perniagaan yang kekal positif.
"Pasaran buruh mengekalkan tahap guna tenaga penuh dengan kadar pengangguran berkurang kepada 3.6 peratus pada suku keempat 2022 berbanding 3.7 peratus pada suku ketiga 2022," tambah kenyataan itu.
Ringgit Semakin Mengukuh
Kenyataan itu turut menjelaskan Ringgit Malaysia yang juga menjadi indikator ekonomi turut bertambah kukuh 5.3 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat malah, ringgit telah turut kukuh berbanding mata wang negara rakan perdagangan utama.
Indikator seterusnya adalah perdagangan luar yang terus mencatatkan pertumbuhan dua digit di samping prestasi pelaburan langsung asing (FDI) yang memberangsangkan.
"Jumlah dagangan berkembang sebanyak 14.8 peratus kepada RM718.7 bilion dengan eksport dan import kasar masing-masing meningkat sebanyak 11.8 peratus dan 18.7 peratus.
"Malaysia merekodkan FDI bersih sebanyak RM19.3 bilion pada suku keempat 2022 berbanding RM12.3 bilion pada suku ketiga 2022," menurut kenyataan itu.
Pertumbuhan KDNK negara dijangka menjadi sederhana pada 2023, sejajar dengan tinjauan ekonomi global terkini oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang menjangkakan pertumbuhan ekonomi dunia menurun daripada 3.4 peratus pada 2022 kepada 2.9 peratus tahun ini, tambah kenyataan itu.
Terdahulu hari ini, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ketika mengumumkan prestasi ekonomi Malaysia menjelaskan angka 8.7 peratus itu adalah pertumbuhan tahunan tertinggi yang dicatatkan dalam tempoh 22 tahun, yang disumbangkan oleh peningkatan positif dalam semua sektor.
Dalam satu kenyataan berasingan pula, Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan KDNK negara berkembang sebanyak tujuh peratus pada suku keempat 2022 berbanding 14.2 peratus pada suku ketiga 2022, berikutan sokongan daripada langkah-langkah rangsangan dan kesan asas rendah yang berkurangan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 10 2023
ANWAR: Belanjawan 2023 akan menggariskan strategi kerajaan untuk terus menyokong pertumbuhan ekonomi serta keyakinan sektor swasta bagi meneruskan momentum pertumbuhan yang dicapai pada 2022. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Pihak dikaitkan dalam laporan berkaitan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM Anwar
Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.
Tiada kasino akan beroperasi di Johor - Onn Hafiz
Onn Hafiz berkata khabar angin yang tular itu berunsur sabotaj dan berniat jahat untuk mencemar imej Forest City dan Johor secara keseluruhannya.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Terdapat keperluan tambah bilangan wanita isi jawatan KSU, KP - PM Anwar
Anwar berkata jumlah pimpinan wanita sedia ada tidak mencerminkan jumlah keseluruhan 42 peratus golongan itu yang terlibat sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam ketika ini.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
PM Anwar meriahkan sambutan ulang tahun ke-15 UKAS
Perdana Menteri menyantuni Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang menyambut ulang tahun ke-15 mereka.