awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertumbuhan pasaran membangun dijangka lembap tahun ini

Pritha Manivannan
Pritha Manivannan
20/04/2016
09:21 MYT
Pertumbuhan pasaran membangun dijangka lembap tahun ini
Jameel berkata pertumbuhan pasaran membangun dijangka lembap didorong oleh beberapa faktor luaran - Foto Astro AWANI/Pritha Manivannan
Ekonomi India bakal mencatat pertumbuhan Keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 8 peratus tahun ini.
Ketua Penganalisis Pasaran Forex Time, Jameel Ahmad berkata faktor ini disokong kelemahan harga minyak mentah global.
"Penyusutan harga minyak menyebabkan pengurangan kos import minyak. Ini telah membantu baki dagangan.
"Ini bermakna terdapat lebih banyak duit dalam ekonomi," kata Jameel.
Pada 2015 eksport Malaysia ke India bernilai USD31.67 bilion iaitu 4.1 peratus daripada eksport keseluruhan Malaysia.
Sementara itu, Jameel berkata pertumbuhan pasaran membangun dijangka lembap didorong oleh beberapa faktor luaran.
Ini termasuk kelembapan ekonomi China.
Beliau berkata situasi ekonomi China semasa akan menjejaskan negara yang bergantung kepada eksport ke China.
Pertumbuhan KDNK China menyusut ke 6.7 peratus pada suku pertama tahun ini berbanding 6.8 peratus pada suku terakhir tahun lepas.
Selain itu, tambahnya kemungkinan Britain meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) akan meningkatkan ketidakstabilan pasaran.
Menurut Jameel, ini akan memberi kesan tidak langsung kepada pasaran membangun seperti Malaysia dan akan menjejaskan nilai Ringgit.
Topic Berkaitan
#China
#jameel ahmad
#KDKN
#Ketua Penganalisis Pasaran Forex Time
#ringgit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan