KUALA LUMPUR: Pertumbuhan sektor halal yang signifikan mampu menyumbang dalam mempertingkatkan pencapaian prestasi eksport Malaysia pada masa akan datang.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Lim Ban Hong berkata, pertumbuhan industri halal global dijangka mencecah AS$2.8 trilion menjelang 2025 dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 7.5 peratus.
Beliau berkata, ia adalah berdasarkan kepada 'State of the Global Islamic Economy Report 2022' yang menyatakan perbelanjaan penduduk Islam global berjumlah AS$2 trilion pada 2021.
"Saya yakin sektor halal akan terus memberi sumbangan yang penting dalam mempertingkatkan pencapaian prestasi eksport Malaysia ke seluruh dunia," katanya ketika berucap pada Majlis Penganugerahan MIHAS 2022 di sini, hari ini.
Lim berkata pada 2021, pertumbuhan sektor halal meningkat sebanyak 19 peratus kepada RM36.3 bilion berbanding RM30.5 bilion pada tahun sebelumnya.
Katanya, segmen makanan dan minuman masih berada di kedudukan pertama dari segi permintaan dan nilai eksport, diikuti oleh segmen bahan ramuan halal dan kosmetik serta penjagaan diri.
"Lima negara pasaran eksport utama Malaysia merangkumi negara ekonomi besar seperti China, Singapura, Jepun, Amerika Syarikat dan Indonesia," katanya.
Sementara itu beliau berkata, Malaysia berhasrat untuk menjadikan logo 'Halal Malaysia' sebagai jaminan bahawa produk dan perkhidmatan yang dibekalkan kepada semua lapisan masyarakat dalam dan luar negara tanpa mengira bangsa dan agama, adalah berkualiti serta patuh syariah.
"Logo Halal Malaysia mencerminkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah dijamin berkualiti serta selamat dan telah melalui proses pengurusan halal yang terperinci bermula dari sumbernya hinggalah ke pasaran," katanya.
Mengenai Majlis Penganugerahan MIHAS 2022, beliau berkata majlis anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) itu adalah sebagai penghargaan dan pengiktirafan kepada pempamer domestik dan antarabangsa.
"Penganugerahan ini mengambil kira penilaian dari segi segmen produk, perkhidmatan, ruang pameran dan media sosial yang mengandungi ciri-ciri inovasi dan kreatif dalam usaha mempromosikan industri halal," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 09 2022
Datuk Lim Ban Hong berkata, pertumbuhan industri halal global dijangka mencecah AS$2.8 trilion menjelang 2025 dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 7.5 peratus. - Bernama
Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadualkan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 (Rabu) sekali lagi ditangguhkan ke 26 April 2024 (Jumaat).
Ringgit ditutup rendah susulan indeks dolar AS kukuh
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7765/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 777 berbanding 327 manakala 480 kaunter tidak berubah, 780 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunaikan umrah
Kerajaan Arab Sudi terus komited untuk mempermudahkan urusan umrah sekaligus dapat menggalakkan lebih ramau umat Islam mengerjakannya.
Justeru itu, proses adaptasi teknologi terkini diperlukan bagi membolehkan pengurusan di lapangan mahupun di peringkat pembuatan dasar dapat dijalankan dengan cekap.
Hilal Azmi berkongsi rangkuman hari kedua Forum Umrah dan Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah .
#ForumUmrahZiarah2024
Justeru itu, proses adaptasi teknologi terkini diperlukan bagi membolehkan pengurusan di lapangan mahupun di peringkat pembuatan dasar dapat dijalankan dengan cekap.
Hilal Azmi berkongsi rangkuman hari kedua Forum Umrah dan Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah .
#ForumUmrahZiarah2024
Kempen ‘We Care For Society’ diteruskan untuk tahun kelima
Sepanjang Ramadan Hada Labo meneruskan kempen amal “We Care For Society” untuk tahun kelima menyumbang kepada golongan yang memerlukan di Malaysia.
Kerajaan Perpaduan tidak pernah tahan wartawan, tutup media - Fahmi
Menurut Fahmi, sehingga kini mana-mana wartawan masih boleh menulis laporan termasuk memberikan kritikan terhadap kerajaan.
Pengebumian jenazah Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal
Umavathi Ramayah membawakan perkembangan terkini pengebumian Allahyarham Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Kuala Lumpur.
Sindiket beli ganja hampir 100kg seminggu dari Thailand tumpas
Sindiket yang aktif sejak dua tahun lalu itu dikesan membuat pesanan ganja berharga antara RM800 hingga RM1,000, dan ia diseludup masuk ke negara ini dari Thailand dengan menggunakan perkhidmatan kurier.
MB Terengganu sedia kongsi kepakaran bantu siasatan nahas helikopter TLDM
Menteri Besar Terengganu, Datuk Ser Ahmad Samsuri Mokhtar sedia membantu dan berkongsi kepakaran sekiranya diperlukan dalam membantu menyiasat insiden dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut, Perak.
Inspektor polis didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja 16 tahun ditahan
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor ditahan selepas didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berumur 16 tahun.
Pertumbuhan sektor halal pertingkat pencapaian eksport Malaysia
Pertumbuhan industri halal global dijangka cecah AS$2.8 trilion menjelang 2025 dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 7.5 peratus.
Lawatan Raja Arab Saudi ke Malaysia buka peluang pelaburan baharu
Kerajaan Arab Saudi juga dijangka mengumumkan beberapa kelonggaran bagi rakyat Malaysia yang ingin memulakan perniagaan di negara itu, khususnya di Makkah.