KUALA LUMPUR: Peruncit tempatan membeli ekuiti bernilai RM143.1 juta di Bursa Malaysia minggu lepas, menamatkan jualan bersih selama 11 minggu mereka, kata MIDF Research.
Setakat ini, peruncit mencatatkan jualan bersih berjumlah RM622.6 juta, katanya.
Sementara itu, pelabur asing menjadi penjual bersih pada minggu lepas dengan jualan berjumlah RM44.7 juta berikutan pembelian bersih selama dua minggu, kata firma penyelidikan itu dalam satu laporan hari ini.
Tiga sektor teratas dengan aliran masuk asing bersih bagi minggu itu ialah utiliti, (RM86.7 juta), teknologi (RM34.9 juta) dan hartanah (RM30.7 juta).
Sementara itu, tiga sektor teratas yang mencatat aliran keluar bersih asing ialah perkhidmatan kewangan (RM75.7 juta), produk dan perkhidmatan pengguna (RM41.3 juta) dan penjagaan kesihatan (RM33.3 juta), katanya.
MIDF Research berkata institusi tempatan meneruskan aliran jualan bersih mereka untuk minggu ketiga berturut-turut dengan jualan bersih RM98.5 juta.
"Sebahagian besar aliran keluar berlaku pada hari Selasa, serentak dengan keluaran data Indeks Harga Pengeluar (IHP) Malaysia.
"IHP itu menunjukkan pemulihan untuk bulan kedua berturut-turut, dengan penguncupan yang lebih perlahan sebanyak 1.8 peratus pada Ogos 2023 berbanding 2.3 peratus pada Julai 2023," katanya.
Institusi tempatan telah menjadi pembeli bersih tahun sehingga kini, mengumpul RM2.59 bilion.
Dari segi penyertaan, terdapat peningkatan purata jumlah dagangan harian dalam kalangan pelabur asing sebanyak 3.9 peratus minggu lepas, manakala peruncit tempatan dan institusi tempatan menyaksikan penurunan masing-masing sebanyak 6.2 peratus dan 9.2 peratus.
Firma penyelidikan itu juga berkata berdasarkan negara yang dipantaunya, hanya Malaysia yang menyaksikan aliran masuk bersih sebanyak AS$143.4 juta (AS$1=RM4.70) pada September 2023, manakala tujuh negara yang selebihnya mengalami aliran keluar bersih.
"Taiwan mempunyai aliran keluar paling besar, berjumlah AS$5.89 bilion," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 02 2023
Pelabur asing menjadi penjual bersih pada minggu lepas dengan jualan berjumlah RM44.7 juta. - Gambar fail/Bernama
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.84 mata kepada 1,603.13 daripada 1,608.97 semalam.
Dagangan saham Axiata digantung sementara tunggu pengumuman
Syarikat telekomunikasi itu berkata Bursa Securities telah meluluskan permintaannya untuk penggantungan.
Bursa Malaysia ditutup rendah dalam dagangan kecil
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dalam dagangan kecil dengan jumlah dagangan susut di bawah paras tiga bilion saham, di tengah-tengah prestasi lemah di Wall Street semalaman.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi semalaman Wall Street
Pada pukul 9.22 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.20 mata kepada 1,611.63 daripada 1,611.63 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung
Bursa Malaysia meneruskan aliran menurun untuk ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung dalam saham utiliti terpilih berikutan peningkatan sektor yang kukuh.
Bursa Malaysia dibuka rendah di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street
Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street pada Jumaat lepas.
Bursa dibuka dengan catat sedikit perubahan dalam sentimen pasaran bercampur-campur
Pada 9.05 pagi, Indeks FBM KLCI meningkat 1.16 mata kepada 1,608.12 daripada 1,606.96 semasa ditutup pada Selasa.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan Wall Street
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.94 mata kepada 1,600.42 daripada 1,595.48 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup rendah, dipengaruhi kaunter utiliti, logistik
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat, berikutan penjualan saham wajaran tinggi terpilih yang meningkat semasa jam terakhir dagangan, terutama di kaunter utiliti dan logistik.