Malaysia Airlines mengesahkan peruntukan bagasi daftar masuk kembali seperti asal untuk kesemua penerbangan dalam rangkaiannya termasuk perkhidmatan ke Amsterdam, London dan Paris.
Malaysia Airlines dalam kenyataan hari ini berkata berdasarkan penilaian risiko semasa yang dilakukan pada asas harian, membolehkan syarikat penerbangan itu mengambil laluan yang lebih pendek untuk penerbangan ke Eropah.
"Malaysia Airlines mengutamakan keselamatan dalam operasinya, dan tidak akan teragak-agak untuk menyelaraskan laluan penerbangan berasaskan penilaian risiko harian," katanya.
Semalam, syarikat penerbangan itu mengehadkan sementara peruntukan bagasi daftar masuk bagi penerbangan Kuala Lumpur-Eropah disebabkan laluan yang lebih jauh ke Eropah, selain kelajuan angin yang kuat, yang mengehadkan keupayaannya untuk membawa bagasi dan kargo.
Bagasi daftar masuk yang terkandas, kini dihantar kepada pelanggan yang terlibat di Eropah.
Malaysia Airlines berkata angin berkelajuan tinggi sejak empat hari lepas melepasi 200 knot yang boleh menambah 15 peratus pembakaran bahan api pesawat B777-200.
Bernama
Wed Jan 06 2016
Malaysia Airlines berkata berdasarkan penilaian risiko semasa yang dilakukan pada asas harian, membolehkan syarikat penerbangan itu mengambil laluan yang lebih pendek untuk penerbangan ke Eropah.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Peruntukan bagasi daftar masuk Malaysia Airlines kembali seperti asal
Malaysia Airlines mengesahkan peruntukan bagasi daftar masuk kembali seperti asal untuk kesemua penerbangan dalam rangkaiannya termasuk perkhidmatan ke Amsterdam, London dan Paris.