ISKANDAR PUTERI: Sebanyak RM4.6 bilion diperuntukkan untuk 434 projek pembangunan termasuk 79 projek baharu di Johor dalam Bajet 2022, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata hubungan erat antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri akan membantu mempercepatkan perancangan projek pembangunan berkenaan yang dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
"Sebahagian besar daripada projek ini merupakan projek-projek sambungan, projek sudah ada (dan kini), nak sambung termasuk bina sekolah, jalan dan 'landasan berkembar.
"Saya bertanggungjawab untuk projek pembangunan dan Johor adalah negeri yang penting kerana ia merupakan pintu masuk utama (selatan tanah air)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Sesi Roadshow Pasca RMK12 di Kota Iskandar, di sini hari ini.
Mengulas mengenai mesyuarat berkenaan Mustapa berkata Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad telah membangkitkan tentang bilangan projek terbaharu di negeri ini yang disifatkan kecil bilangannya berbanding dengan projek sambungan.
"Kami beri penjelasan bahawa ini ada kaitan dengan kekangan kewangan akibat COVID-19 namun apabila kedudukan kewangan negara bertambah baik selepas ini, kerajaan akan mempertimbangkan permohonan kerajaan negeri," katanya.
Mustapa berkata antara projek pembangunan di negeri ini termasuk Landasan Berkembar Elektrik Gemas ke Johor Bahru, Projek Rapid Transit System Link (RTS Link), sekolah baharu 36 bilik darjah di Sekolah Kebangsaan Bandar Putra 2, Kulai, Program Perumahan Rakyat Ulu Tiram dan pembinaan Hospital Pasir Gudang.
Sementara itu, Mustapa dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berkata Johor merupakan antara negeri utama yang menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan purata tahunan sebanyak 3.1 peratus melebihi purata nasional sebanyak 2.7 peratus setahun dalam tempoh 2016 hingga 2020.
"Hal ini menjadikan Johor sebagai antara negeri penyumbang utama kepada ekonomi negara selain Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sarawak.
"Pertumbuhan ekonomi Johor diterajui sektor perkhidmatan khususnya dalam subsektor perdagangan borong dan runcit; makanan dan minuman; penginapan diikuti sektor pembuatan khususnya dalam produk elektrik, elektronik dan optikal.
Menurutnya, kemasukan Johor dalam kerjasama wilayah Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia- Malaysia-Thailand (IMT-GT) akan memberikan impak yang lebih besar kepada ekonomi di negeri itu.
Selain itu, Mustapa berkata kadar kemiskinan mutlak di Johor adalah lebih rendah berbanding kadar kemiskinan mutlak kebangsaan iaitu 3.9 peratus pada 2019 berbanding 5.6 peratus berdasarkan Tinjauan Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (HIES BA) 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 14 2021
Datuk Seri Mustapa Mohamed (kiri) dan MB Johor Datuk Hasni Mohamad ketika menghadiri taklimat oleh unit perancangan ekonomi Jabatan Perdana Menteri bersama-sama Kerajaan Negeri Johor Sempena Roadshow Pasca RMK12, hari ini. - Foto BERNAMA
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tiada syarat MP pembangkang sokong PM untuk dapat peruntukan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan tohmahan pembangkang kononnya Ahli Parlimen mereka dikenakan syarat untuk menyokong Perdana Menteri bagi mendapatkan peruntukan.
K'jaan setuju salur peruntukan kepada pembangkang - Fadillah
Satu deraf MoU akan dirangka serta dipanjangkan kepada pihak pembangkang, sebagai langkah perundingan seterusnya.
Kerajaan rangka MoU peruntukan wakil rakyat pembangkang - TPM Fadillah
MoU akan dirangka terlebih dahulu dan akan dipanjangkan kepada pihak pembangkang sebagai langkah perundingan seterusnya.
Sabah sedia peruntukan RM131 juta pembangunan sekolah agama Islam dan masjid - Hajiji
Hajiji berkata kerajaan negeri amat komited dengan program-program yang berkaitan dengan pembangunan syiar Islam di Sabah.
Tuntutan Pas: 'Kita sudah bagi peruntukan kepada pembangkang'
Katanya, kenyataan Mohd Zarimi dibuat berikutan pihak pembangkang tidak mempunyai topik lain yang boleh dibangkitkan.
Dasar Buku Negara diteliti semula - Fadhlina
Elemen penting antaranya berkaitan pembudayaan membaca, penerbitan dan pembukuan tidak pernah disemak sejak diperkenalkan 39 tahun lepas.
Pembangkang minta tangguh perbincangan peruntukan Ahli Parlimen - Fadillah
Beliau berkata perbincangan yang melibatkan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang, sepatutnya diadakan pada Selasa lepas.
KPDN akan pastikan peruntukan dibelanja tanpa sebarang ketirisan - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata setiap sen daripada peruntukan itu akan disalurkan bagi program-program menangani isu kos sara hidup.
RM3.53 juta dibelanjakan untuk RTG tahun lepas - Stuart
Sejumlah RM3.53 juta telah dibelanjakan untuk enam sukan bagi pelaksanaan Program Road To Gold (RTG) sepanjang tahun lepas.
KPM lulus RM6 juta bina bangunan sementara SK Perigi Acheh
Kementerian Pendidikan luluskan peruntukan RM6 juta bagi pembinaan bangunan sementara Sekolah Kebangsaan Perigi Acheh, Pasir Gudang.