KUALA LUMPUR: Peruntukan sebanyak RM99.7 bilion dalam Bajet 2023 yang meliputi ekosistem pasaran tenaga kerja secara menyeluruh, merangkumi penawaran tenaga kerja, pasaran kerja dan permintaan tenaga kerja, menunjukkan komitmen kerajaan dalam menangani isu pasaran tenaga kerja pada masa depan, kata pakar ekonomi.
Ketua Ekonomi Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan Prof Madya Mohd Yusof Saari berkata bajet itu yang dibentangkan pada bulan lepas dijangka meningkatkan penawaran tenaga kerja melalui pemerkasaan kumpulan fokus seperti B40, M40, wanita dan belia dengan peruntukan sebanyak RM18.6 bilion.
"Selain itu, komponen permintaan tenaga kerja tertumpu kepada mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat melalui langkah langsung dan tidak langsung yang bernilai sekurang-kurangnya RM80.9 bilion.
"Akhir sekali, langkah-langkah pengukuhan pasaran pekerjaan melalui memberi insentif bagi pencarian kerja dan pemadanan untuk meningkatkan pekerjaan yang dijangka melibatkan kos kira-kira RM208 juta," katanya.
Beliau berkata demikian dalam laporan "Labour Market Outlook 2023 - Dovetailing post-pandemic recovering momentum with enhanced resilience and reforms", yang diterbitkan oleh Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan (EU-ERA) baru-baru ini.
Menurut kajian itu, kos sara hidup yang semakin meningkat mengekang pendapatan boleh guna isi rumah dan disebabkan dua pertiga daripada pendapatan isi rumah adalah daripada gaji yang dibayar, lonjakan kos sara hidup akan memperlahankan perbelanjaan penggunaan dan menjejaskan pertumbuhan dari aspek permintaan.
"Indeks Harga Pengguna (IHP) untuk makanan dan minuman bukan alkohol telah meningkat secara mendadak sebanyak lebih 4.0 peratus sejak Mac 2022 berbanding kadar biasa.
"Walaupun kadar pengangguran merosot daripada 4.2 peratus pada Januari kepada 3.7 peratus pada Julai, terendah sejak Februari 2020, kadar itu masih tinggi daripada paras sebelum krisis (3.3 peratus pada 2019).
"Oleh itu, kenaikan harga makanan dan minuman sudah tentu akan memberi kesan kepada pendapatan isi rumah terutamanya bagi golongan B40 dan M40 rendah," katanya.
Mohd Yusof berkata tindakan dalam bentuk campur tangan yang kritikal adalah diperlukan untuk meningkatkan lagi impak daripada penawaran tenaga kerja.
Katanya ini melalui pendekatan pelbagai dimensi sebagai insentif untuk rakyat bekerja selain melaras semula kemahiran dan kecekapan pekerja bagi memenuhi keperluan industri yang menjadi teras untuk menyokong pengeluaran ekonomi.
"Pengangguran belia, kebolehpasaran siswazah, perlindungan pekerja dan pembangunan bakat atau tenaga kerja telah diketengahkan dalam Bajet 2023 dengan memanfaatkan teknologi tinggi dan pertumbuhan berasaskan digital yang dapat memperkukuh aspek meningkatkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan taraf hidup," katanya.
Berkongsi pendapat sama, Pensyarah di Putra Business School Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Abu Sofian Yaacob berkata ada di antara inisiatif itu dapat membantu menurunkan kadar pengangguran kepada 3.7 peratus setakat Julai 2022.
"Bagaimanapun, kita perlu terus meningkatkan lagi peratusan itu berikutan penyertaan tenaga kerja baharu dalam pasaran susulan kemasukan kalangan siswazah. Pada masa ini, Bajet 2023 akan menjadi platform permulaannya dan apabila ekonomi negara terus meningkat, akan ada kos tambahan yang diperlukan bagi mengekalkan atau menambah aktiviti-aktiviti ekonomi.
"Laporan Trends 2022 terbitan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menunjukkan ekonomi Asia Pasifik telah kembali pulih selepas terjejas oleh pandemik COVID-19. Adalah diharapkan dengan adanya kerajaan yang stabil selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Malaysia akan turut berpeluang menjana lebih banyak pelaburan asing," katanya.
Walaupun terdapat sejumlah besar inisiatif dan subsidi yang diumumkan dalam Bajet 2023, Abu Sofian menyarankan agar tumpuan serta langkah lebih serius ditumpukan terhadap segmen pertanian dan ternakan yang disifatkannya sebagai penentu tahap jaminan keselamatan makanan selain memenuhi permintaan tempatan.
Beliau berkata, perladangan getah dan kelapa sawit perlu diteliti semula, termasuk mempertimbang pilihan untuk beralih kepada tanaman lain dalam usaha mengekalkan serta meningkatkan mata pencarian pemiliknya.
"Pekebun kecil misalnya perlu memikirkan kemungkinan untuk mengusahakan tanaman makanan lain. Kerajaan juga seharusnya menggalakkan inovasi serta pengeluaran komersial dalam skala besar dengan menghimpunkan pekebun kecil ini bagi membentuk satu koperasi atau sebuah syarikat sendirian berhad.
"Menerusi kerajaan yang stabil serta komitmen ini, kita mampu walaupun secara beransur-ansur untuk pulih ke paras sebelum COVID dalam tempoh tiga hingga lima tahun," katanya.
Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Firdaos Rosli berkata aktiviti ekonomi yang digerakkan semula selain pembukaan sempadan antarabangsa terbukti membantu pemulihan pasaran tenaga kerja yang membolehkan transaksi dalam saluran rasmi dan tidak rasmi yang tidak berlaku ketika pandemik.
"Di satu sudut, dasar fiskal terbukti berkesan dalam membolehkan pasaran tenaga kerja ini kembali kepada asalnya. Ini hanya boleh berlaku dengan membenarkan perniagaan beroperasi dalam kapasiti lebih tinggi dan pekerja memasuki pasaran susulan peningkatan kegiatan-kegiatan perniagaan.
"Aspek lain pula menyaksikan persekitaran monetari yang akomodatif membantu mengurangkan kos menjalankan perniagaan serta meningkatkan pendapatan boleh guna pekerja sepanjang tempoh pandemik," katanya.
Susulan itu, katanya, kadar pengangguran Malaysia akan berkurangan dan berada di tahap lebih tinggi berbanding paras prapandemik berikutan lebihan kapasiti ketika syarikat-syarikat bergelut dengan kekurangan tenaga kerja.
"Terdapat usaha untuk mengurangkan secara beransur-ansur membabitkan aliran masuk pekerja asing berkemahiran rendah yang sebaliknya positif dari segi meningkatkan lagi aspek teknologi. Saya percaya aliran masuk pekerja asing ini akan lebih bersifat selektif dalam era pasca-pandemik.
"Bagaimanapun, kita tidak pasti sama ada kerajaan baharu nanti akan meneliti semula Bajet 2023 atau membentangkan semula," katanya.
Bagi perbandingan di peringkat serantau, Firdaos berkata Malaysia secara relatifnya mencatat prestasi pemulihan tenaga kerja yang baik berbanding negara-negara lain seperti Indonesia dan China yang kekal menyaksikan kadar pengangguran tinggi serta belum kembali ke tahap pra-pandemik masing-masing.
Beliau berkata, kadar pengangguran Malaysia masih lagi sekitar paras pra-pandemik iaitu kira-kira 3.3 peratus walaupun ia semakin berkurangan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0.
"Prestasi AS, UK dan EU sebaliknya dilihat lebih baik kerana membuka ekonomi jauh lebih awal berbanding Malaysia. Kadar pengangguran negara-negara tersebut telah kembali ke tahap pra-pandemik seawal September 2021," katanya.
Bagi kemajuan masa depan, beliau berkata kerajaan berkemungkinan perlu memberi tumpuan terhadap usaha penambahbaikan aspek upah bagi pemulihan pasaran tenaga kerja.
"Pandemik itu telah menyebabkan upah-kepada-keluaran dalam negara kasar (KDNK) susut kepada 34.8 peratus pada 2021 daripada 37.1 peratus pada 2020 yang menjauhkannya daripada sasaran 40 peratus sebagaimana ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12.
"Selain itu, penambahbaikan aspek upah ini akan turut membantu individu dalam meningkatkan semula simpanan persaraan mereka susulan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebelum ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 10 2022

Malaysia secara relatifnya mencatat prestasi pemulihan tenaga kerja yang baik berbanding negara-negara lain seperti Indonesia dan China. - Gambar hiasan

Pengalaman, bakat Nurul Izzah dapat bantu bangunkan negara
Nurul Izzah sebelum ini pernah melaksanakan kajian kemiskinan multidimensi Permatang Pauh yang dapat menyumbang kepada indeks kemiskinan negara.

Kanak-kanak patah tangan jatuh tingkat 11
Seramai 10 anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dihantar ke kejadian bagi operasi menyelamat.

Shahril sepatutnya jadi Ketua Pemuda UMNO - KJ
Bagaimanapun perkara itu tidak akan berlaku berikutan Shahril telah digantung keahlian parti tanpa melalui proses yang sewajarnya.
![AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [30 Januari 2022] AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [30 Januari 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007168/34651833521675039409896_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [30 Januari 2022]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Afiezy Azaman dan Hakim Rahman.

Zambry yakin isu dua hala Malaysia-Singapura dibincang dalam konteks konstruktif
Antara isu berkaitan termasuk 'Maritime Boundary Delimitation', 'Flight Information Region' dan juga melibatkan beberapa hal lain.

Aberdeen ambil masa 19 minit pecat Goodwin
Sebelum ini, Aberdeen diaibkan kelab Divisyen Enam, Darvel dalam saingan pusingan keempat Piala Scotland pada Selasa.

Penduduk Taman Seri Kemuning Indah resah insiden tanah runtuh
Situasi itu semakin membimbangkan penduduk kerana ia berhampiran rumah mereka selain faktor hujan sejak kebelakangan ini.

Sukan Asia Hangzhou 2022 ikut jadual
Chong berkata, tuan rumah, China sudah bersedia untuk menganjurkan temasya sukan terbesar di Asia itu.

Jiwa SME | Menawarkan perkhidmatan dakwah dalam talian
Aspek keagamaan antara perkhidmatan yang boleh ditawarkan kepada masyarakat Islam terutama golongan yang sibuk bekerjaya dan tidak mempunyai masa untuk menuntut ilmu atau mendalami agama. Tuntutan agama seperti membaca Al Quran, mempelajari kaedah solat yang betul, pengurusan pentadbiran pejabat mengikut syarak antara bidang yang boleh ditawarkan kepada masyarakat Islam khususnya mereka yang tidak mempunyai masa untuk menghadiri kelas fardu ain atau kelas membaca Al Quran. Atas alasan itu, seorang anak muda , Mohd Amar Mirzan Abd Kadir Jailani, 29 tahun menubuhkan dakwah digital network yang dikenali BeDaie.

Tapak perkhemahan: Selangor ambil kira kepentingan semua pihak
Panduan itu merangkumi kategori tapak perkhemahan, perancangan dan kelulusan tapak aktiviti perkhemahan.

Ringgit ditutup paras tertinggi dalam tempoh 9 bulan berbanding dolar AS
Ringgit meneruskan aliran menaiknya untuk ditutup pada paras tertinggi hampir sembilan bulan berbanding dolar AS hari ini.

OPR boleh dikekalkan pada 2.75 peratus jika.... - Rafizi
Kadar Dasar Semalaman (OPR) boleh dikekalkan pada 2.75 peratus jika kadar inflasi negara mampu mereda dalam tempoh beberapa bulan ini.

Ekonomi Malaysia dijangka menyederhana kepada 4 peratus tahun ini
Citi Research menjangka pertumbuhan ekonomi Malaysia menyederhana kepada 4 peratus pada 2023 berikutan kesan asas dan ketidaktentuan luar.

Ringgit teruskan kenaikan, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.2830/2875 berbanding dolar AS daripada 4.3050/3100 sewaktu ditutup semalam.

OPR: Langkah taktikal BNM untuk menyokong momentum ekonomi, kata penganalisis
BNM juga telah memainkan peranannya secara strategik bagi tempoh 2019-2022 serta terbukti dapat menangani cabaran tekanan harga.

BNM akan terus selaraskan OPR secara beransur sejajar peningkatan ekonomi
Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalam (OPR) pada mesyuarat dasar monetarinya yang pertama bagi 2023.

OPR dijangka naik 25 mata asas esok, 25 mata pada Mac - Bank Islam
Ia menjadikan kadar terminal baharu adalah pada 3.25 peratus.

Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian
Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini dalam wilayah positif dan mencecah paras tertinggi harian pada Jumaat.

Ringgit cecah 4.33, hampiri paras tertinggi dalam tempoh 10 bulan
Ringgit terus mengukuh dan menghampiri paras tertinggi dalam tempoh 10 bulan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga hari ini.

Tiba masa beralih dari pertumbuhan ekonomi kepada kebahagiaan isi rumah - Barjoyai
Menurut penganalisis ekonomi ini, kebahagiaan dan kesejahteraan tidak dinilai pada kederasan pertumbuhan negara.