awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal umumkan nama dan butiran mangsa terkorban dalam protes terbaharu
Fed kekal kadar faedah di sebalik tekanan White House
RAM Ratings naikkan penarafan bon YTL Corp, YTL Power kepada AAA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Editor Video Astro AWANI maut, motosikal terbabas di Lebuhraya NKVE

Astro Awani
Astro Awani
14/12/2025
01:15 MYT
Editor Video Astro AWANI maut, motosikal terbabas di Lebuhraya NKVE
Allahyarham dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar penghadang jalan di laluan tersebut.
PETALING JAYA: Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat dalam kenyataan mengesahkan Allahyarham Mohd Kusairi Ishak, 52, maut selepas terbabas sendiri di Kilometer 457.1 Lebuhraya Lembah Klang Baharu (NKVE) hala selatan, malam tadi.

Ringkasan AI
  • Mohd Kusairi Ishak, 52, maut selepas terbabas sendiri di kilometer 457.1 Lebuhraya Lembah Klang Baharu (NKVE) hala selatan malam tadi.
  • Allahyarham dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar penghadang jalan di sebelah kanan laluan berkenaan ketika dalam perjalanan dari Tapah menuju ke Bangsar.
  • Mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh; kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurut beliau, pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 10.49 malam hasil makluman daripada Pusat Kawalan DCC Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.
Allahyarham Mohd Kusairi, yang menunggang motosikal jenis Ducati berwarna perak, dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar penghadang jalan di sebelah kanan laluan berkenaan.
Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 10.05 malam ketika Allahyarham dalam perjalanan dari Tapah menuju ke rumahnya di Bangsar.
Setibanya di lokasi kejadian, Allahyarham dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar penghadang jalan.
Akibat pelanggaran tersebut, mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dari Hospital Sungai Buloh.
Mayat Allahyarham telah dihantar ke Unit Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk tindakan lanjut.
Menurut kenyataan sama, keadaan jalan ketika kejadian adalah baik, dengan laluan empat lorong, permukaan jalan rata serta pencahayaan malam yang mencukupi.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Polis turut menjalankan beberapa tindakan susulan termasuk melawat lokasi kejadian, melakar rajah kasar, merakam gambar tempat kejadian, membawa motosikal terlibat ke IPD Petaling Jaya untuk ujian kimia dan pemeriksaan PUSPAKOM, selain mengesan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), saksi bebas, rakaman papan pemuka serta waris mangsa bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#Nahas
#motosikal
#Mohd Kusairi Ishak
#terbabas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan