KEUNTUNGAN bersih Petronas turun 27 peratus kepada RM40.5 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2019, daripada RM55.3 bilion dalam tahun kewangan 2018, berikutan hasil rendah yang susut empat peratus kepada RM240.3 bilion daripada RM251 bilion pada tahun sebelumnya.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata keuntungan bersih rendah itu adalah disebabkan hasil rendah dan rosot nilai bersih bagi aset berjumlah RM7.3 bilion manakala hasil lemah itu adalah disebabkan purata harga direalisasi rendah bagi produk utama.
"Tidak termasuk kesan rosot nilai itu, keuntungan bersih kami bagi 2019 berjumlah RM47.8 bilion, turun enam peratus dari 2018," katanya pada taklimat media mengenai prestasi kewangan 2019 syarikat itu, di sini, hari ini.
Bagi suku keempat, keuntungan bersih syarikat itu berjumlah RM4.1 bilion, turun 71 peratus daripada RM14.3 bilion semasa suku yang sama pada 2018, berikutan hasil susut sebanyak lapan peratus kepada RM64 bilion daripada RM69.9 bilion.
Beliau berkata 2019 merupakan tahun yang sukar kerana industri terus dibayangi situasi tidak menentu yang berterusan dengan ketidakstabilan geopolitik serta peningkatan perlindungan perdagangan dan pada penghujungnya dilanda penularan wabak COVID-19.
Menurutnya, harga tenaga dan komoditi terus menunjukkan prestasi tidak menentu di tengah-tengah situasi ini, dengan harga purata minyak mentah berada pada US$64 setong pada 2019, lebih rendah berbanding harga purata US$71 setong pada 2018.
Wan Zulkiflee berkata keseluruhan industri tidak bersedia dengan impak daripada penularan COVID-19 dan ia menyebabkan permintaan dari China merosot, terutamanya bagi gas asli cecair (LNG).
Bagaimanapun, beliau berkata, pelanggan dari China hanya membentuk enam peratus daripada jumlah hasil kumpulan.
Mengenai dividen, beliau berkata Petronas membayar RM54 bilion kepada kerajaan pada tahun lepas, terdiri daripada RM24 bilion dividen biasa dan RM30 bilion dividen khas.
"Bagi tahun ini, kami belum lagi mengadakan mesyuarat agung tahunan, tetapi kami merancang dividen RM24 bilion bagi tahun ini," katanya.
Beliau berkata, prospek bagi industri minyak dan gas masih lemah memandangkan ketidaktentuan geopolitik yang masih berterusan, ketegangan perdagangan yang berlarutan dan gangguan permintaan dalam tempoh terdekat ini berikutan penularan COVlD-19.
Walaupun berdepan cabaran ini, beliau berkata, Petronas akan kekal melaksanakan strateginya dan mengekalkan kecekapan operasi di samping mengekalkan disiplin fiskal.
"Kami akan kekal komited untuk mengembangkan pertumbuhan kami di Malaysia. Malahan, perbelanjaan modal kami bagi Malaysia dijangka meningkat lebih daripada 10 peratus dalam lingkungan RM26 hingga 28 bilion pada 2020, dan kami juga menyasar meningkatkan lebih daripada lima peratus pengeluaran minyak dan gas kami.
"Kami juga akan memanfaatkan kedudukan Kompleks Bersepadu Pengerang sebagai hab petrokimia yang bertujuan menampung dan memenuhi permintaan pasaran serantau," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 26 2020
Wan Zulkiflee (tiga dari kiri) berkata keseluruhan industri tidak bersedia dengan impak daripada penularan COVID-19 dan ia menyebabkan permintaan dari China merosot, terutamanya bagi gas asli cecair (LNG). - Gambar fail
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.