awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Dua anggota penguat kuasa MBPP cedera belon dirampas meletup
EU kecam pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Israel di Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah dan Sarawak masih terjejas banjir, lebih 2,600 mangsa dipindah

Astro Awani
Astro Awani
18/09/2025
22:45 MYT
Sabah dan Sarawak masih terjejas banjir, lebih 2,600 mangsa dipindah
Sebanyak 24 PPS dan pusat pemindahan kekal masih beroperasi di kedua-dua negeri bagi menempatkan mangsa banjir. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sabah dan Sarawak kekal sebagai dua negeri yang masih terjejas akibat banjir, dengan jumlah keseluruhan mangsa mencecah 2,655 orang setakat jam 6 pagi Jumaat.
Menurut kemas kini terkini daripada laman Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 24 pusat pemindahan sementara (PPS) dan pusat pemindahan kekal masih beroperasi di kedua-dua negeri bagi menempatkan mangsa banjir.
Di Sabah, sebanyak 22 PPS dibuka melibatkan 2,574 mangsa daripada 846 keluarga.
Enam daerah yang masih terjejas ialah Membakut, Sipitang, Penampang, Papar, Beaufort dan Putatan.
Sementara itu, di Sarawak, dua PPS dibuka bagi menempatkan 81 mangsa daripada 35 keluarga, dengan daerah Miri menjadi satu-satunya kawasan yang terlibat dalam insiden banjir ketika ini.
Pihak berkuasa terus memantau keadaan cuaca dan paras air sungai di kawasan berisiko, manakala bantuan logistik dan kebajikan sedang disalurkan kepada mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan.
Topic Berkaitan
#banjir
#jkm
#mangsa
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan