awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petronas catat keuntungan bersih RM55.1 bilion

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
25/02/2025
09:03 MYT
Petronas catat keuntungan bersih RM55.1 bilion
Tengku Muhammad Taufik bercakap pada sidang media pengumuman Prestasi Kewangan Kumpulan Petronas, di sini pada Selasa. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM55.1 bilion, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.
Keuntungan bersih itu menunjukkan penurunan sebanyak 32 peratus, berbanding RM80.7 bilion pada tahun sebelumnya.
Dalam tempoh dikaji, Petronas turut mencatatkan penurunan sebanyak tujuh peratus dalam pendapatan iaitu RM320.0 bilion, berbanding RM343.6 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.
Penurunan tersebut disebabkan oleh harga purata yang lebih rendah, namun pendapatan syarikat minyak dan gas nasional itu dapat diimbangi oleh jumlah jualan yang lebih tinggi.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik berkata prestasi kewangan syarikat itu pada 2024 kekal kukuh, di tengah ketidaktentuan pasaran yang berterusan dan tekanan peraturan yang semakin meningkat akibat perubahan geopolitik global.
“Keputusan yang stabil ini dicapai berasaskan komitmen kukuh Kumpulan terhadap pengurusan kewangan yang berhemah dan kepelbagaian portfolio.
“Memandangkan industri berhadapan dengan dinamik pasaran yang berubah yang akan berterusan hingga 2025, Petronas telah memulakan strategi transformasi untuk mengukuhkan keupayaannya dalam memberi nilai kepada pemegang saham dan pihak berkepentingan, tenaga kepada pelanggan, serta impak positif kepada komuniti,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media pengumuman Prestasi Kewangan Kumpulan Petronas, di sini pada Selasa.
Sepanjang tahun kewangan yang dikaji, kumpulan juga mencatatkan EBITDA yang lebih rendah iaitu RM114.1 bilion, sejajar dengan penurunan keuntungan.
Aliran Tunai daripada Aktiviti Operasi (CFFO) Petronas turut menurun kepada RM102.5 bilion, berbanding RM114.2 bilion pada suku keempat 2023.
Manakala, jumlah asetnya mencatatkan RM766.7 bilion setakat 31 Disember 2024.
Dalam perkembangan sama, ekuiti pemegang saham meningkat kepada RM451.2 bilion, terutamanya disebabkan oleh keuntungan yang dicatatkan sepanjang tahun.
Topic Berkaitan
#Petronas
#keuntungan bersih
#Muhammad Taufik
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan