Petronas Dagangan Bhd akan memperkenalkan petrol RON97 yang mematuhi standard Euro-4M di seluruh negara pada September ini, kata Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd
Ibrahimuddin Mohd Yunus.
Beliau berkata RON97, RON95 dan diesel keluaran syarikat kini mematuhi standard Euro-2M lebih rendah.
Harga bagi petrol Euro-4M akan ditentukan oleh kerajaan, katanya.
"Kami sudah mempunyai dua stesen minyak di selatan Johor -- di Pasir Gudang dan Gelang Patah, yang menjual diesel Euro-5, untuk kegunaan kenderaan yang ke Singapura terutamanya trak.
"Permintaan pada dasarnya terhad kepada segmen pengguna kenderaan ini," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat di sini hari ini.
Sementara itu, Pengerusinya Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata Petronas Dagangan akan memperuntukkan RM500 juta dalam perbelanjaan modal tahun ini bagi rancangan pertumbuhan keseluruhannya termasuk stesen minyak baharu.
"Hari ini kami mempunyai 1,057 stesen dan tahun ini kami merancang untuk menambah 20 lagi, serta menaik taraf stesen minyak sedia ada," katanya.
Wan Zulkiflee berkata kira-kira RM300 juta daripada RM500 juta akan digunakan untuk perniagaan runcit dengan selebihnya antara lain untuk meningkatkan logistik dan terminal.
Beliau berkata Petronas Dagangan akan meneruskan aktiviti meningkatkan jenama dan menerajui kedudukan utama pasaran domestik melalui perkhidmatan yang berbeza.
"Dengan jangkaan tahun yang mencabar menanti, kami akan memastikan asas-asas yang kukuh, bagi membolehkan pulangan mampan kepada pemegang saham," katanya.
Bernama
Thu Apr 16 2015
Petronas Dagangan Bhd akan memperkenalkan petrol RON97 yang mematuhi standard Euro-4M di seluruh negara pada September ini.
YTL umum Model Bahasa Raya 'Ilmu', terajui model lain dalam bahasa Malaysia
Melalui laman rasmi, Ilmu 0.1 turut dikatakan telah melepasi ujian PT3 dan juga SPM dalam bahasa Melayu.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.