Petronas Dagangan Bhd (PDB) menyasarkan untuk mengekalkan bilangan hari inventori pada 30 peratus bagi membolehkannya mengekalkan keputusan suku keempat dan tahun kewangan penuh.
Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus berkata dengan mengekalkan jumlah hari inventori yang rendah, PDB dapat mengoptimumkan pengurusan inventori serta mengekalkan paras keuntungan dan margin yang baik.
"Kami juga menjalankan langkah seperti pengurangan perbelanjaan operasi (opex) dan ini pada asasnya mengoptimumkan opex kami.
"Kami perlu memastikan yang kami berbelanja untuk perkara yang betul dan pada masa yang tepat, yang juga menyumbang kepada prestasi kumpulan untuk suku (keempat) dan tahun penuh," katanya kepada pemberita di luar majlis penyampaian hadiah kempen 'Swipe and Drive Further' yang dijalankan dengan kerjasama Bank Islam Malaysia.
Keuntungan pracukai PBD bagi suku ketiga berakhir 30 Sept 2015 melonjak kepada RM297.679 juta daripada RM223.629 juta setahun lalu manakala bagi tempoh sembilan bulan pertama ia meraih keuntungan sebelum cukai berjumlah RM955.502 juta berbanding RM697.553 juta untuk tempoh sama.
Beliau berkata syarikat akan terus mengekalkan kecekapan sistem bekalan dan agihannya sebagai sebahagian strategi mengekalkan keputusan kewangan.
"Harga minyak sangat tidak menentu, ia jatuh daripada lebih US$100 setong kepada sekitar US$40.
Namun begitu kami akan memberi tumpuan kepada strategi dan mengambil kira pergerakan harga yang akan memberi kesan kepada kami, agar kami dapat menguruskan ketidaktentuan itu," katanya.
Terdapat 1,000 stesen Petronas dan 750 Kedai Mesra di seluruh negara yang menawarkan kemudahan beli-belah, menjamu selera, perbankan dan perkhidmatan lain.
Bernama
Tue Nov 10 2015
Petronas Dagangan akan memberi tumpuan kepada strategi dan mengambil kira pergerakan harga yang akan memberi kesan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Usul bahas laporan RCI bukan untuk dakwa mana-mana pihak
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu berkata, 47 halaman muka surat yang dihitamkan dalam laporan RCI bertujuan melindungi keselamatan dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.
Brunei antara lima sumber pelancongan utama bagi Malaysia pada Januari-April
Lebih 390,000 pelawat dari Brunei lawat Malaysia bagi tempoh Januari hingga April 2024, menjadikan Brunei antara lima sumber pelancongan utama bagi negara ini.
Oil and Gas Asia 2024 jangka tarik 500 pempamer dari 100 negara
OGA 2024 akan menjadi edisi ke-20, ia bermula pada tahun 1987 sebagai pertunjukan dwitahunan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Subsidi negara dijangka cecah RM81 bilion tahun ini - PM Anwar
Subsidi dikeluarkan kerajaan untuk rakyat di seluruh negara termasuk elektrik, minyak dan makanan dijangka mencecah RM81 bilion tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Petronas akan tambah pengeluaran harian kepada 2.7 juta Boe
Prospek industri tenaga juga dilihat sebagai mencabar bagi tempoh berbaki tahun ini.
APMM tahan dua kapal pindah minyak secara haram
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) hari ini menahan dua kapal bekalan luar pesisir selepas dipercayai melakukan operasi pemindahan minyak dari kapal ke kapal (STS) secara haram.
Menteri OPEC Plus adakan pertemuan bersemuka pertama sejak 2020
Pertemuan bersemuka peringkat menteri OPEC itu adalah yang pertama diadakan sejak Mac 2020 berikutan sekatan COVID-19.
"Harga minyak tak turun? Saya tidak menjadi Perdana Menteri nak buat macam mana?"- Anwar
Anwar jawab sindiran pihak-pihak tertentu yang mempertikai janji-janji yang diberikannya jika PKR menang pada PRU akan datang.
AS mungkin tetapkan harga siling minyak yang 'untungkan' Rusia
Janet Yellen berkata demikian susulan laporan mengenai Rusia mungkin menghentikan pengeluaran minyak akibat penetapan harga siling.
Sri Lanka hadapi cabaran bayar penghantaran minyak
Negara yang mempunyai 22 juta penduduk itu tidak mampu membayar import penting barangan makanan, baja, ubat-ubatan dan bahan api.