BUSINESS
Petronas Gas giat nilai impak insiden kebakaran Putra Heights

Petronas Gas Bhd (PGB) sedang menilai impak kewangan dan operasi akibat kebakaran di saluran paip utama di Putra Heights.
KUALA LUMPUR: Petronas Gas Bhd (PGB) sedang giat menilai impak kewangan dan operasi akibat insiden kebakaran di saluran paip utama di Putra Heights, berhampiran Puchong, Selangor.
Ringkasan AI
- Petronas Gas Bhd (PGB) sedang menilai impak kewangan dan operasi akibat kebakaran di saluran paip utama di Putra Heights.
- PGB bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menentukan punca kejadian dan mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada insiden tersebut.
- Syarikat komited untuk memastikan keselamatan orang ramai, membantu mereka yang terjejas, dan menjaga keselamatan bekalan gas.
Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan, syarikat itu berkata ia kini sedang menilai langkah-langkah pembaikan yang berpotensi dan sedang bekerja rapat dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk memastikan operasi di kawasan tersebut dapat disambung semula dengan selamat dan cekap.
"Syarikat tetap komited untuk menyelesaikan perkara ini dengan keutamaan tertinggi dan akan terus memberikan kemas kini serta pengumuman seterusnya seiring dengan perkembangan situasi," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami