awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
Jelajah kemanusiaan Rizalman sentuh jiwa, beri harapan dan melunas amanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petronas kekal beroperasi di Kanada

Bernama
Bernama
04/06/2025
03:30 MYT
Petronas kekal beroperasi di Kanada
Sebarang laporan mendakwa Petronas meninggalkan Kanada adalah tidak tepat, kata syarikat petroleum negara itu hari ini.
KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) hari ini menafikan laporan berita yang mendakwa ia meninggalkan Kanada.
"Sebarang laporan mendakwa Petronas meninggalkan Kanada adalah tidak tepat," kata Petronas kepada pertanyaan Bernama mengenai dakwaan tersebut.
Pada Selasa, Petronas dilaporkan sedang mempertimbangkan pelbagai pilihan untuk syarikatnya di Kanada, sebelum ini dikenali sebagai Progress Energy Resources Corp antaranya penjualan, menurut sumber yang mengetahu perkara tersebut.
Petronas berkata, ia komited terhadap pelaburannya di Kanada yang mengendalikan pembangunan gas huluan North Montney Joint Venture dan merupakan rakan kongsi utama dalam kemudahan pencairan gas LNG Canada di Kitimat, BC.
"LNG Kanada sedang membuat persediaan untuk kargo pertamanya tahun ini, Petronas berbangga dapat menyediakan gas asli cecair Kanada rendah karbon dan boleh dipercayai untuk menyokong pasaran tenaga global untuk beberapa dekad akan datang," tambahnya.
Petronas membeli Progress Energy pada 2012 pada harga kira-kira US$5.3 bilion, mengembangkan portfolio gas syal dan mengukuhkan pangkalan bekalan gasnya.
Selain itu, Petronas juga memiliki 25 peratus kepentingan dalam projek LNG Canada, sebuah usaha sama gas asli cecair utama bersama Shell Plc, PetroChina Co Ltd, Mitsubishi Corp dan Korea Gas Corp.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Petronas
#Petronas di Kanada
#Progress Energy Resources Corp
#North Montney Joint Venture
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan