awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petronas komited bayar dividen RM13 bilion kepada kerajaan

Bernama
Bernama
14/03/2017
12:43 MYT
Petronas komited bayar dividen RM13 bilion kepada kerajaan
Wan Zulkiflee (gambar) berkata jumlah dividen berbeza setiap tahun kerana berdasarkan keadaan ekonomi semasa, harga minyak serta pelan perniagaan kumpulan itu untuk masa akan datang. Gambar fail
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) yakin dapat membuat pembayaran dividen sebanyak RM13 bilion kepada kerajaan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2017.
Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata jumlah itu adalah berdasarkan prestasi kewangan kumpulan berkenaan pada 2016.
"Ia (pembayaran dividen) diputuskan selepas berbincang dengan kerajaan pada tahun lepas. Malah, kami amat bersyukur di atas sikap para pemegang saham yang amat memahami.
"Perancangan kami bagi tujuan perbelanjaan modal dan pelaburan juga tidak pernah diubah atau terjejas akibat keperluan (membayar) dividen itu," katanya kepada media selepas mengumumkan keputusan kewangan kumpulan itu bagi 2016, di sini, hari ini.
Mengulas selanjutnya, Wan Zulkiflee berkata jumlah dividen itu juga berbeza setiap tahun kerana berdasarkan keadaan ekonomi semasa, harga minyak serta pelan perniagaan kumpulan itu untuk masa akan datang.
"Saya tidak pasti bagaimanakah keadaan ekonomi, misalnya bagi tempoh tiga hingga lima tahun akan datang. Namun apabila tiba masanya, kami akan memberi penjelasan kepada pemegang saham mengenai program, unjuran, harga minyak dan kedudukan tunai pada masa itu," katanya.
Bagi tahun kewangan 2016, syarikat minyak nasional itu membayar dividen sebanyak RM16 bilion kepada kerajaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dividen
#keputusan kewangan
#pemegang saham
#Petronas
#tahun kewangan 2016
#Wan Zulkiflee Wan Ariffin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan