KUALA LUMPUR: Keuntungan selepas cukai Petronas bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2022 melonjak kepada RM23.44 bilion berbanding RM9.22 bilion pada setahun lepas, seiring dengan kenaikan hasil susulan aliran peningkatan harga yang sebahagiannya diimbangi oleh pertambahan kos produk serta cukai.
Perolehan hasilnya mencecah RM78.75 bilion daripada RM52.55 bilion setahun lepas dengan sebahagian besar disumbangkan oleh impak harga produk utama yang seiring dengan kenaikan harga penanda aras, kata kumpulan itu dalam satu kenyataan hari ini.
"Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan berjumlah RM39.55 bilion, terutama berikutan peningkatan hasil yang sebahagiannya diimbangi oleh peningkatan kos produk.
"Aliran tunai daripada aktiviti operasi berjumlah RM27.88 bilion dan sejajar dengan peningkatan tunai daripada operasi (suku pertama tahun kewangan 2021: RM14.29 bilion).
"Pelaburan perbelanjaan modal (capex) secara keseluruhannya pada RM7.4 bilion (suku pertama tahun kewangan 2021: RM6.64 bilion) yang mana capex domestik meningkat hampir 30 peratus.
"Aktiviti huluan kekal sebagai penyumbang utama dalam perbelanjaan capex secara menyeluruh. Jumlah aset meningkat kepada RM652.3 bilion setakat 31 Mac, 2022 berbanding RM635 bilion sehingga 31 Dis, 2021 dengan sebahagian besarnya disumbangkan oleh peningkatan pelaburan tunai serta dana," katanya.
Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Tengku Muhammad Taufik berkata biarpun prestasi syarikat minyak dan gas negara itu bagi suku pertama tahun kewangan 2022 telah "banyak mendapat manfaat daripada persekitaran harga yang lebih tinggi, ini juga membuktikan penyampaian berdisiplin dari segi teras dan strategi pertumbuhannya."
"Kumpulan ini telah memanfaatkan kekuatan portfilio bersepadunya bagi menawarkan tenaga yang selamat serta mampan untuk Malaysia dan pelanggan kami di serata dunia," katanya.
Beliau berkata, di sebalik tahap pemulihan dan pertumbuhan yang dijangkakan susulan pembukaan semula ekonomi, Petronas akan terus melaksanakan pengurusan kewangan secara berhemat dengan fokus kukuh terhadap pelaburan semula, susulan prospek berhati-hati akibat keadaan geopolitik yang tidak menentu serta peralihan tenaga yang lebih ketara.
Malah, beliau berkata Petronas akan terus memupuk ekosistem perkhidmatan dan kelengkapan minyak dan gas yang kukuh bagi menguatkan lagi daya tahan dalam memberi tindak balas terhadap cabaran selain menyumbang secara berkesan terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia.
"Untuk terus mencatat kemajuan bagi strategi pertumbuhan serampang tiga mata dan pelepasan karbon sifar menjelang 2050, kami juga berazam untuk meneruskan langkah itu selaku rakan tenaga dan penyelesaian yang progresif untuk para pemegang kepentingan baik di peringkat domestik serta lokasi operasi kami," katanya.
Walaupun mencatat prestasi suku pertama yang memberangsangkan, Petronas berkata "peningkatan harga minyak dan gas dijangka kekal tidak menentu" dan seiring dengan ketidakpastian akibat geopolitik serta makroekonomi.
"Petronas akan terus memperkukuh kecemerlangan operasi untuk memaksimumkan usaha penciptaan nilai sambil mempertingkat agenda pertumbuhan dan kemampanan di Malaysia serta di peringkat global," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 31 2022
Perolehan hasilnya mencecah RM78.75 bilion daripada RM52.55 bilion setahun lepas dengan sebahagian besar disumbangkan oleh impak harga produk utama yang seiring dengan kenaikan harga penanda aras.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Pengerusi Petronas Chemicals Group Datuk Abdul Rahim Hashim akan letak jawatan
Pengerusi Petronas Chemicals Group Bhd Datuk Ir Abdul Rahim Hashim akan meletakkan jawatannya berkuat kuasa 1 Jan, 2025.
PETRONAS terus pupuk generasi pelumba masa depan di Grand Prix Malaysia 2024
Para peminat sukan permotoran seluruh negara membanjiri Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) bagi melihat pelumba kegemaran mereka beraksi merebut kejuaraan.
Petronas buat pelaburan baharu bernilai RM7.5 bilion di Kompleks Bersepadu Pengerang
Antaranya, PIPC yang akan dibangunkan dalam empat fasa untuk mewujudkan rantaian minyak dan gas hiliran di Johor iaitu mulai 2012 hingga 2037.
Setel akan kenakan caj 1% untuk tambah nilai guna kad kredit
Setel mengatakan caj 1% ini tidak tertakluk kepada tambah-nilai automatik ke dompet digital berkenaan.
Petronas jelas status perbincangan DGO dengan Petros
Petronas ingin menjelaskan bahawa ia masih dalam perbincangan dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) mengenai cadangan pelaksanaan Ordinan Pengagihan Gas (DGO).
Petronas perkenal dua inisiatif sokong sektor minyak dan gas
Petronas melalui Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), menyasar untuk menyokong keteguhan sektor minyak dan gas tempatan menerusi dua inisiatif baharu.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, jejak prestasi semalaman pasaran AS
Pada 9.06 am, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meraih 2.13 mata kepada 1,638.67.
Homecoming PETRONAS cungkil bakat badminton di Sibu
PETRONAS berharap dapat memberi inspirasi kepada pemain muda untuk mencapai potensi mereka dan mungkin menjadi pemain negeri atau kebangsaan yang dikenali di seluruh dunia.
Petronas peroleh konsesi minyak dan gas ketiga di Abu Dhabi
Petronas Abu Dhabi akan memegang 100 peratus ekuiti dan bertanggungjawab ke atas pengendalian sepanjang tempoh cari gali berkenaan.
Petronas tiada hasrat ambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak - Pejabat Premier
Pejabat Premier Sarawak hari ini mengesahkan bahawa Petronas tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Sarawak dan syarikat minyak dan gasnya, Petroleum Sarawak Berhad.