Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menegaskan asas kukuhnya kekal tidak berubah walaupun penarafan kreditnya diturunkan oleh Moody's Investors Service.
Dalam kenyataan hari ini, syarikat minyak negara itu berkata ia secara konsisten mengekalkan dasar kewangan konservatif dan imbangan tunai bersih yang sihat yang membolehkannya menahan ketidaktentuan dan kejutan dalam pasaran.
"Ini ditunjukkan oleh keputusan kewangan Petronas pada suku pertama (Q1) 2019 dan tahun penuh 2018, yang disokong oleh usaha berterusan kami untuk meningkatkan kecekapan operasi dan kecemerlangan komersial," katanya.
Keuntungan selepas cukai Petronas berkembang 9 peratus tahun ke tahun kepada RM14.2 bilion pada Q1 2019 dipacu hasil 7 peratus lebih tinggi sebanyak RM62 bilion.
Moody's hari ini mengumumkan bahawa ia telah menurunkan penarafan penerbit domestik Petronas dan mata wang asing senior tidak bercagar kepada A2 (stabil) daripada A1 (negatif).
Pengumuman itu dibuat selepas penerbitan metodologi rentas sektor yang dikemas kini, "Menilai Impak Kualiti Kredit Kerajaan pada Penilaian Lain", pada 20 Jun.
Di bawah metodologi baharu itu, Petronas berkata, adalah tidak mungkin untuk syarikat itu diberi penarafan dua kedudukan melepasi kedaulatannya.
Berdasarkan penilaian Moody yang dikemas kini, Petronas tidak lagi memenuhi satu daripada ciri yang diperlukan untuk meningkatkan dua kedudukan melepasi kedaulatan Malaysia (stabil A3).
Ini disebabkan hubungan kredit syarikat dengan kerajaan Malaysia sebagai pemegang saham tunggalnya dan bahawa Moody's tidak dapat menolak kemungkinan permintaan dividen tinggi pada masa depan, katanya.
Petronas berkata tindakan penarafan itu juga dipengaruhi oleh ketidakpastian berhubung kesan negatif ke atas syarikat yang mungkin timbul daripada perbincangan yang sedang berlangsung berkaitan dengan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963.
Penarafan A2 (stabil) Petronas kini satu kedudukan melepasi kedaulatan didorong oleh kekukuhan metrik kewangan, dasar kewangan konservatif, profil mudah tunai kukuh dan rizab hidrokarbon yang ketara, tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 21 2019
Keuntungan selepas cukai Petronas berkembang 9 peratus tahun ke tahun kepada RM14.2 bilion pada Q1 2019 dipacu hasil 7 peratus lebih tinggi sebanyak RM62 bilion. - Gambar fail
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Tanya AI: Apakah yang menjadikan mata wang kuat dan stabil?
Mata wang yang kuat juga mempunyai kegunaan yang tinggi di pasaran asing dan simpanan yang besar di bank-bank asing.
Petronas tegaskan asas kukuh kekal walaupun penarafan diturunkan Moody's
Syarikat minyak negara itu berkata ia secara konsisten mengekalkan dasar kewangan konservatif dan imbangan tunai bersih yang sihat yang membolehkannya menahan ketidaktentuan dan kejutan dalam pasaran.