awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PGA rampas 10 lembu, 25 kambing seludup bernilai RM273,500

Bernama
Bernama
15/04/2025
22:15 MYT
PGA rampas 10 lembu, 25 kambing seludup bernilai RM273,500
Dalam operasi kedua di laluan Kampung Lubok Setol ke Kampung Bukit Tandak, Pasir Mas, pihak PGA berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan lembu kira-kira jam 11 malam selepas menahan sebuah lori. - Facebook PGA Briged Tenggara
KOTA BHARU: Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 10 ekor lembu dan 25 kambing yang dipercayai diseludup dari Thailand dalam Operasi Taring Wawasan di Tanah Merah dan Pasir Mas, pada Isnin.
Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata dalam operasi pertama di Felda Kemahang 3, Tanah Merah, pihaknya menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada jam 8.45 malam.
"Pemeriksaan lanjut ke atas lori berkenaan menemukan 25 ekor kambing dengan anggaran nilai RM177,500.
"Seorang lelaki berusia 33 tahun yang memandu lori terbabit ditahan kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen sah berkaitan haiwan tersebut," katanya dalam kenyataan semalam.
Sementara itu, katanya dalam operasi kedua di laluan Kampung Lubok Setol ke Kampung Bukit Tandak, Pasir Mas, pihaknya berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan lembu kira-kira jam 11 malam selepas menahan sebuah lori dan seorang lelaki berusia 43 tahun.
"Hasil pemeriksaan menemukan 10 ekor lembu di dalam lori tersebut dengan anggaran nilai RM96,000, dan pemandu gagal mengemukakan dokumen berkaitan," katanya.
Beliau berkata kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953 dan semua haiwan yang dirampas telah diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PGA Briged Tenggara
#Operasi Taring Wawasan
#seludup ternakan
#Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan