Pharmaniaga Bhd bersedia untuk membuat perubahan yang diperlukan kepada kilang sedia ada yang akan membolehkan mereka menjalankan proses pembangunan pembotolan untuk vaksin COVID-19 apabila ia dibangunkan, kata Pemangku Pengarah Urusannya, Mohamed Iqbal Abdul Rahman.
Beliau berkata kumpulan telah membentangkan kepada Majlis Sains Negara mengenai pelan, kapasiti dan keupayaannya untuk tujuan tersebut.
"Ini merupakan sebahagian daripada pelan jangka pendek kumpulan untuk menangani keperluan mendesak kepada vaksin COVID-19," katanya kepada Bernama dalam jawapan bertulis mengenai pelan masa depan Pharmaniaga.
Bulan lepas, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata kerajaan bersetuju bahawa kemudahan yang dimiliki oleh Duopharma Biotech Bhd dan Pharmaniaga akan digunakan untuk pembotolan vaksin.
Khairy dilaporkan menjelaskan bahawa kedua-dua syarikat itu dipilih berikutan kedua-duanya berkaitan dengan kerajaan -- Duopharma dimiliki oleh Permodalan Nasional Bhd dan Pharmaniaga dimiliki oleh Boustead Holdings Bhd -- dan pada masa ini mempunyai kapasiti yang tidak digunakan yang dapat diarahkan untuk tujuan ini.
Mengenai masa depan, Mohamed Iqbal berkata Pharmaniaga, syarikat farmaseutikal terbesar di Malaysia, dijangka mewujudkan kemudahan vaksin halal pertama di dunia, disasarkan siap pada 2022.
"Pada 2018, Pharmaniaga mengumumkan pelan untuk mendirikan kilang vaksin. Sejak itu, kami telah selesai menjalankan kajian terperinci yang diperlukan dan menjalin kerjasama dengan pengeluar vaksin antarabangsa," katanya.
Selain itu, Pharmaniaga mempunyai pelan jangka panjang untuk pertumbuhan mampan dan menetapkan enam teras strategik untuk memacu syarikat ke peringkat lebih tinggi.
Sebagai syarikat berkaitan kerajaan, Pharmaniaga komited untuk terus memberikan standard perkhidmatan tertinggi untuk membolehkan Kementerian Kesihatan memberi tumpuan kepada penyampaian penjagaan kesihatan, dengan Pharmaniaga sebagai rakan logistik pilihannya.
"Walaupun kami telah mendapat kontrak logistik dan pengedaran sehingga November 2024, kami berharap dengan rekod prestasi, infrastruktur yang siap, teknologi maklumat bersepadu, dan yang paling penting, modal insan yang berpengalaman, akan menempatkan kami dengan baik untuk mendapatkan potensi lanjutan selepas tempoh ini," katanya.
Mohammed Iqbal berkata Pharmaniaga turut meraih manfaat daripada usaha pendigitalan kumpulan yang telah dilaksanakan sejak beberapa tahun lepas, memastikan gangguan yang minimum semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Katanya Pharmaniaga akan turut mengembangkan portfolio produknya dengan produk baharu dihasilkan secara dalaman, selain mengukuhkan segmen agensi dan pengedarannya serta memperluaskan kemudahan pusat sehentinya.
"Dengan lebih 300 pakatan dan lebih 6,000 hospital swasta, pengamal am dan kedai farmasi, Pharmaniaga mempunyai asas yang amat kukuh untuk membina dan mengukuhkan lagi kesetiaan pelanggan," katanya.
Dalam usaha mengukuhkan modal insan, kumpulan itu akan terus melengkapkan pekerjanya dengan latihan dan sokongan yang diperlukan untuk mematuhi semua keperluan peraturan dan undang-undang.
"Dengan tenaga kerja lebih 3,500, modal insan kami adalah aset kami yang paling berharga. Kami juga komited untuk mengutamakan pekerjaan tempatan, dengan tenaga kerja terdiri daripada 99.5 peratus penduduk tempatan, disokong oleh tenaga kerja antarabangsa yang khusus terutamanya dalam pasukan penyelidikan dan pembangunan kami.
"Kami turut menyesuaikan dengan 'normal baharu' selepas COVID-19 dan memanfaatkan pembelajaran positif daripada PKP. Mesyuarat dalam talian dan bekerja dari rumah telah memberi kami peluang untuk lebih produktif berikutan kami mempunyai kos perjalanan yang berkurangan dan lebih banyak masa produktif," katanya.
Bagi tempoh kewangan enam bulan berakhir 30 Jun, 2020, Pharmaniaga mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM32.38 juta berbanding RM28.89 juta dari segi tahun ke tahun, manakala pendapatan melonjak kepada RM1.47 bilion daripada RM1.39 bilion dicatatkan dalam tempoh sama pada 2019.
Beliau berkata walaupun mencatatkan pertumbuhan pendapatan tahun ke tahun, operasi kumpulan di Indonesia telah mencatatkan kerugian dalam tempoh beberapa tahun ini, walaupun terdapat sedikit peningkatan.
Pada suku kedua 2020 terutamanya, bahagian Indonesia mencatatkan defisit sebanyak RM2 juta, sebahagian besarnya berikutan kos kewangan yang lebih tinggi disebabkan kelewatan pembayaran daripada hospital kerajaan, yang kini memberi kesan kepada industri penjagaan kesihatan Indonesia.
"Bahagian itu menerima impak daripada sekatan sosial skala besar republik itu berikutan pandemik COVID-19, yang menyebabkan akses yang terhad kepada doktor, klinik, farmasi dan hospital," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.
Mohamed Iqbal berkata syarikat sedang mencari penyelesaian untuk menguruskan kelewatan pembayaran oleh hospital kerajaan untuk perniagaan pengedaran.
Bagi kemudahan pembuatan di Bandung, Pharmaniaga telah memperluaskan saluran jualannya, dengan tujuan untuk pulang modal pada 2021, dan berharap, kembali mencatatkan keuntungan dalam tempoh jangka panjang, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 23 2020

Pharmaniaga Bhd bersedia untuk membuat perubahan yang diperlukan kepada kilang sedia ada yang akan membolehkan mereka menjalankan proses pembangunan pembotolan untuk vaksin COVID-19. - Gambar hiasan/Pharmaniaga.com

COVID-19 | Unit perubatan tentera dikerah serata Pyongyang
Pasukan perubatan ketenteraan Korea Utara dikerah ke serata Pyongyang dalam menangani penularan COVID-19 yang semakin memburuk. Langkah ini menyusul selepas arahan yang dibuat Presidennya, Kim Jong Un yang mengerah anggota tenteranya, selepas ibu negara itu mencatatkan jumlah COVID-19 yang tinggi sejak minggu lalu.

COVID-19 Shanghai | Selepas 6 minggu, penduduk dibenar keluar rumah
Kebanyakan penduduk di bandar Shanghai mula menikmati kelonggaran untuk keluar dari kediaman masing-masing ketika hab kewangan China itu melonggarkan sekatan secara beransur-ansur. Satu rakaman video dikongsikan media tempatan menunjukkan, salah sebuah kejiranan mula memperlihatkan orang ramai berjalan di sekitar kawasan kediaman selepas lebih enam minggu menjalani perintah berkurung.

Bantuan RM200 kepada pesawah untuk enam bulan sementara tunggu hasil tuaian - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan kerajaan bersetuju memberi bantuan bulanan RM200 untuk enam bulan kepada pesawah sementara menunggu hasil tuaian.

Kerjasama | PKNS-UiTM meterai MoU pelihara SACF
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memelihara 85.3 ekar Hutan Komuniti Shah Alam (SACF). Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datuk Mahmud Abbas berkata Hutan Komuniti PKNS yang terletak di Bandar Sierra Alam itu akan terus dipulihara sebagai habitat flora dan fauna serta kawasan ekologi.

Denggi | Pelepasan nyamuk Wolbachia kurangkan 40% kes
Pelepasan lebih tiga juta biji telur nyamuk Aedes Wolbachia mampu mengurangkan 40 peratus kes demam denggi di bandar raya Johor. Pelepasan telur itu dibuat secara 14 peringkat yang mengambil masa dua tahun 20 minggu.

Hari Guru | Pengetahuan digital bantu guru serlah potensi pelajar
Sukar mendapatkan penglibatan pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian, 'memaksa' guru berfikiran lebih kreatif dan menggunakan semua sumber yang dimiliki.

Pembaziran Makanan | Tingkat advokasi masyarakat
Malaysia perlu meningkatkan advokasi dan libat urus dengan masyarakat mengenai masalah pembaziran makanan. Profesor dan Pengarah Eksekutif, Sunway Centre for Planetary Health, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood berkata perkara itu perlu dilakukan selari kesediaan masyarakat untuk mengubah mentaliti dan gaya hidup.

Ban Pecah | MAFI luluskan RM2.5 juta bagi proses baik pulih
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2.5 juta bagi proses membaik pulih runtuhan ban kanan Terusan Tengah di struktur Alor Limpah, Sungai Santap, Pelubang. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi yang mengesahkan perkara itu memaklumkan kerja pembaikan telah dimulakan dan dijangka mengambil masa 14 hari.

Ladang Ternakan Ayam | FLFAM nafi penutupan dua hari sebagai protes
Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) menafikan notis penutupan dua hari sebuah ladang ternakan ayam di Melaka, sebagai protes terhadap kerajaan yang didakwa lambat melakukan bayaran subsidi harga ayam sebanyak 60 sen. Menurut Penasihatnya Datuk Jeffrey Ng, penghentian pengoperasian sesebuah premis itu adalah perkara biasa disebabkan faktor tertentu dan keputusan penutupan ladang berkenaan itu juga, jelas tidak akan mengganggu rantaian bekalan.

Kes Bunuh Tetak | Polis rakam keterangan wanita, giat kesan 4 suspek
Polis sudah mengambil keterangan wanita yang terlibat dalam kes bunuh seorang lelaki yang ditetak dalam kejadian pergaduhan di medan selera di Kampung Baru, Bukit Mertajam pada Sabtu lepas. Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Shafee Abd Samad selain wanita itu, polis turut mengambil keterangan ahli keluarga mangsa.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.06 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 8.93 mata kepada 1,553.34 daripada 1,544.41 pada Jumaat.

Untung bersih MR DIY susut kepada RM100.5 juta akibat tekanan kos
Penurunan itu terutamanya disebabkan perbelanjaan yang lebih tinggi apabila lebih banyak cawangan dibuka pada suku berkenaan.

Tindakan kompaun Serba Dinamik, 4 pengurusan tertinggi sesuai, wajar - Peguam Negara
Keputusan mengkompaun kesalahan SDHB adalah merupakan satu bentuk hukuman yang memadai untuk kesalahan yang dikatakan telah berlaku setelah mengambil kira hal keadaan kes terbabit.

Mahkamah lepas, bebaskan Serba Dinamik, pengurusan tertinggi
Serba Dinamik Holdings Berhad, pengurusan tertingginya dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mengemukakan pernyataan palsu kepada Bursa Malaysia Securities Berhad.

Gas Malaysia catat untung, hasil lebih tinggi pada suku pertama
Gas Malaysia turut mengumumkan dividen akhir sebanyak 6.87 sen sesaham berjumlah lebih RM88 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2021, akan dibayar pada 27 Julai, 2022.

Bursa Malaysia ditutup 16 Mei, ganti cuti Hari Wesak
Bursa Malaysia ditutup 16 Mei, ganti cuti Hari Wesak | Dagang News

Saham Serba Dinamik menjunam lagi, jatuh lebih 40 peratus
Tekanan jualan ke atas Serba Dinamik Holdings Bhd berterusan pada Selasa (10 Mei), dengan harga sahamnya jatuh sebanyak 4.5 sen atau 40.91 peratus kepada 6.5 sen.

Kembali diniagakan selepas hampir 7 bulan digantung Bursa Malaysia, saham Serba Dinamik merudum 60 peratus
Saham Serba Dinamik kali terakhir didagangkan pada 35 sen ketika kaunter digantung pada tengah hari 22 Oktober 2021.

Serba Dinamik akan kemuka pelan regularisasi dalam tempoh 8 bulan
Serba Dinamik Holdings Bhd sedang mengkaji untuk merangka pelan bagi melaraskan keadaan kewangannya dan ia perlu mengemukakannya dalam tempoh lapan bulan.

Saham Serba Dinamik diniagakan kembali pada 9 Mei
Penggantungan dalam urus niaga saham-saham Serba Dinamik Holdings Bhd akan ditarik balik mulai 9 pagi pada 9 Mei depan.