awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemboja minta Perancis serah bukti sejarah bantu selesai pertikaian sempadan dengan Thailand
FEM 2026: Pendidikan instrumen penyetara kemajuan inklusif - PM
Kebakaran hutan Taman Botani: Pemantauan diteruskan elak kejadian berulang - Bomba
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'PKP perlu bersasar, tutup sektor berisiko sahaja'

Najib Aroff
Najib Aroff
08/01/2021
03:49 MYT
'PKP perlu bersasar, tutup sektor berisiko sahaja'
Mohd Yusof berkata, format PKP seperti dilaksanakan pada Mac 2020 hanya akan memburukkan keadaan ekonomi yang sedang melalui fasa pemulihan ketika ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kerajaan digesa memastikan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan adalah bersasar dan bukan menyeluruh.
Ini kerana, kesan penutupan ekonomi akan mengambil masa bertahun untuk pulih dan pelaksanaannya akan menyebabkan kadar pengangguran naik mendadak.
Demikian pandangan diutarakan Ketua Ekonomi Pusat Penyelidikan Pasaran Buruh Masa Hadapan, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari.
"Kita perlu ke arah PKP bersasar, seperti tempoh yang pendek, dan tidak semua negeri terlibat. Kita juga perlu pastikan ekonomi tidak boleh ditutup.
"Sektor ekonomi perlu berjalan demi kelangsungan hidup rakyat. Bantuan kerajaan sahaja tidak cukup dalam memastikan kelangsungan hidup mereka," katanya.
Tambahnya, keseimbangan harus dicapai antara kepentingan kesihatan awam dan juga ekonomi.
Bercakap kepada Astro AWANI ketika dihubungi hari ini, beliau mencadangkan, penutupan atau sekatan yang dikenakan harus melibatkan hanya sektor berisiko.
"Kementerian Kesihatan dan pihak terlibat ada data yang cukup untuk mencadangkan pilihan (PKP) terbaik. Kita ada profil pesakit, bekerja sektor mana dan bagaimana mereka dijangkiti.
"Kita kenal pasti sektor dan profesion berisiko, maka laksanakan PKP dan sekatan sektor berisiko. Kita buka sektor yang kurang berisiko," katanya.
Mohd Yusof berkata, format PKP seperti dilaksanakan pada Mac 2020 hanya akan memburukkan keadaan ekonomi yang sedang melalui fasa pemulihan ketika ini.
"Kita tidak mahu PKP seperti Mac tahun lepas. Kerana, kerajaan akan terpaksa memperuntukkan upah subsidi besar, lebih RM10 bilion. Ini jumlah yang besar.
"Jika kita laksanakan PKP yang sama, kita akan hadapi masalah besar dan akan memakan masa bertahun-tahun untuk pulih.
"Paling penting adalah, pastikan pekerja boleh bekerja, ada pendapatan," tegasnya.
Namun, Mohd Yusof berkata, jika kerajaan memilih melaksanakan PKP sama seperti Mac 2020, pengumuman bantuan kewangan harus dilaksanakan lebih awal dan maklumat jelas harus disampaikan kepada peserta industri.
Topic Berkaitan
#perintah kawalan pergerakan
#Kementerian Kesihatan
#PKP
#subsidi
#COVID-19
#perkeso
#bersasar
#berisiko
#sekatan
#penutupan
#ekonomi
#pemulihan
#Mohd Yusof Saari
#bantuan
#kerajaan
#kelangsungan hidup
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan