awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Turkiye tuduh Israel sekat bantuan Gaza dengan “alasan direka-reka”
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKS dijangka terkesan akibat tarif timbal balik Trump – Pakar

Farhan Hakimi
Farhan Hakimi
07/04/2025
15:12 MYT
PKS dijangka terkesan akibat tarif timbal balik Trump – Pakar
Chris Daniel Wong berkata, PKS adalah antara yang paling terkesan apabila kos barangan siap seperti elektronik, minyak sawit dan getah meningkat. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Langkah Amerika Syarikat mengenakan tarif timbal balik sebanyak 24 peratus ke atas import dari Malaysia dijangka memberi kesan langsung terhadap peningkatan kos input, sekali gus menekan margin keuntungan syarikat tempatan.
Pengerusi Dewan Perniagaan Digital Malaysia, Dr Chris Daniel Wong berkata, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) adalah antara yang paling terkesan apabila kos barangan siap seperti elektronik, minyak sawit dan getah meningkat.
"Tekanan terhadap margin keuntungan akan semakin ketara kerana kos input yang lebih tinggi.
"PKS akan berdepan pilihan yang sukar iaitu sama ada menyerap kos tersebut dan menanggung pengurangan margin, atau menaikkan harga jualan.
"Selepas pandemik COVID-19, inflasi meningkat dengan mendadak dan pelanggan menjadi semakin sensitif terhadap harga.
"Jika harga dinaikkan, ini boleh menjejaskan jualan," katanya ketika mengulas impak tarif diumumkan Presiden AS, Donald Trump terhadap PKS tempatan dalam program Pantau Agenda Reformasi hari ini.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam satu sidang media di ibu negara hari ini berkata, pihaknya telah mengenal pasti beberapa langkah segera bagi menangani kesan dasar perdagangan terbaharu itu.
Antara langkah yang diambil termasuk pengaktifan semula Pusat Tindakan Geoekonomi Nasional (NGCC) serta penubuhan pasukan petugas khas bagi mengumpul maklum balas daripada pihak berkepentingan dalam sektor perdagangan dan industri.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Inflasi
#COVID-19
#PKS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan