awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skuad negara akhiri kempen Piala Asia Futsal dengan kekalahan besar
JDT pesta gol, Faisal Halim selamatkan Selangor
12 pelombong terbunuh dalam serangan dron Rusia di Ukraine
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKS ketinggalan akibat kurang penggunaan digital

Bernama
Bernama
20/11/2019
02:01 MYT
PKS ketinggalan akibat kurang penggunaan digital
PKS disarankan menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk meningkatkan pertumbuhan mereka dan menjadi usahawan yang lebih baik. - Gambar hiasan
Kekurangan penggunaan digital menyebabkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) negara ini ketinggalan di rantau ini, kata Pengasas bersama Fave Asia Technologies Sdn Bhd, Yeoh Chen Chow.
Beliau berkata PKS perlu mengikuti perkembangan teknologi baharu dan pendigitalan, yang boleh menjimatkan masa untuk mencapai sasaran jualan dan keuntungan.
Yeoh berkata PKS menghadapi cabaran seperti berurusan dengan kaedah pembayaran pengguna baharu, proses manual tidak cekap dan pelbagai pesaing tanpa ada cara untuk membezakan perniagaan mereka.
"Kita harus memikirkan cara untuk menggunakan teknologi digital bagi menyelesaikan masalah, untuk menjadikan urusan lebih mudah, lebih murah, lebih baik dan lebih pantas," katanya kepada Bernama di luar Persidangan Keusahawanan Pengilang Malaysia 2019 di sini, pada Selasa.
Yeoh berkata PKS boleh menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk meningkatkan pertumbuhan mereka dan menjadi usahawan yang lebih baik.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia Noor Azmi Mat Said berkata para usahawan perlu menginovasikan perniagaan mereka untuk kekal dalam pasaran.
Beliau berkata revolusi industri melibatkan inovasi dalam menghadapi cabaran seperti mengurangkan kos manakala pada masa yang sama meningkatkan kualiti produk.
"Inovasi sangat penting kerana ia akan memastikan kelestarian perniagaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fave Asia Technologies
#inovasi
#kaedah pembayaran baharu
#Noor Azmi Mat Said
#pendigitalan
#pengguna
#penyelidikan dan pembangunan
#perkembangan teknologi
#perniagaan
#PKS
#Sme Corporation
#teknologi digital
#usahawan
#Yeoh Chen Chow
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan