awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKS perlu positif terima pelaksanaan cukai bagi perniagaan dalam talian

Bernama
Bernama
20/05/2016
15:00 MYT
PKS perlu positif terima pelaksanaan cukai bagi perniagaan dalam talian
Sistem percukaian sekarang menetapkan syarikat kecil dengan modal berbayar tidak melebihi RM2.5 juta dikenakan kadar cukai 19 peratus bagi pendapatan RM500,000 yang pertama. - Gambar fail
Penetapan nilai ambang RM500,000 dalam sistem percukaian tidak seharusnya menjadi halangan kepada peniaga termasuk perniagaan dalam talian yang mencatatkan pendapatan kurang daripada jumlah itu untuk berusaha mengembangkan perniagaan mereka, kata SME Corp.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Hafsah Hashim berkata kebanyakan perniagaan dalam talian terdiri daripada usahawan baharu dan secara sambilan.
"Sememangnya ia (cukai) akan memberi kesan kepada mereka yang baru mula berniaga tetapi mereka perlu faham bahawa cukai bagi individu yang menjalankan perniagaan dalam talian ini masih lagi dalam kajian dan perbincangan," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.
Sistem percukaian sekarang menetapkan syarikat kecil dengan modal berbayar tidak melebihi RM2.5 juta dikenakan kadar cukai 19 peratus bagi pendapatan RM500,000 yang pertama dan 24 peratus bagi baki seterusnya.
Perniagaan dengan nilai jualan tahunan RM500,000 dan kurang tidak akan dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Pada 17 Mei, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, Kementerian Kewangan sedang mengkaji kemungkinan untuk mengenakan cukai ke atas individu yang menjalankan perniagaan dalam talian tahun depan.
Hafsah berkata kerajaan akan mengambil kira pendapat dan juga kekangan yang bakal dialami oleh usahawan yang terlibat dalam perniagaan dalam talian.
"Sekalipun pelaksanaan cukai ini berlaku, saya percaya usahawan kita perlu merancakkan lagi perniagaan.
"Mereka tidak perlu mengelak daripada berkembang maju hanya kerana mahu mengelakkan daripada dikenakan cukai," katanya.
Beliau berkata peniaga perlu bersedia untuk melaksanakan operasi perniagaan berstruktur dan mengguna pakai pendekatan berhemat jika perniagaan telah dikenakan cukai.
Topic Berkaitan
#Datuk Hafsah Hashim
#GST
#peniaga atas talian
#PKS
#SME Corp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan