awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran hujan berterusan tahap buruk, waspada di Sarawak - MetMalaysia
Disney bayar denda AS$10 juta selesai dakwaan langgar privasi kanak-kanak
Guatemala catat penurunan deportasi 23 peratus, 55,000 warga dihantar pulang sepanjang 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PlayStation 5 gagal capai sasaran jualan, kini di peringkat akhir kitaran hayat

Amanz
Amanz
15/02/2024
04:37 MYT
PlayStation 5 gagal capai sasaran jualan, kini di peringkat akhir kitaran hayat
PlayStation 5 kini di “peringkat akhir kitaran hayat” selepas dilancarkan pada Disember 2020. -Facebook PlayStation 5
SONY mengumumkan laporan kewangan mereka untuk suku terakhir 2023.
Antara yang menjadi tumpuan ialah sebanyak 8.2 juta unit konsol PlayStation 5 telah berjaya dijual yang di bawah sasaran asal sekitar 9 juta unit konsol.
Oleh sebab ini Sony kini mengubah sasaran menjual 21 juta unit PlayStation 5 untuk tahun fiskal 2023 berakhir Mac berbanding sasaran asal 25 juta unit.
Turut dinyatakan dalam laporan ialah PlayStation 5 kini di “peringkat akhir kitaran hayat” selepas dilancarkan pada Disember 2020.
Di awal pandemik hampir mustahil untuk membeli sebuah PlayStation 5 kerana jumlah unit yang terhad. Hanya tahun lalu ia lebih mudah dibeli sekali gus membolehkan ia mencapai angka jualan 50 juta konsol.
Ia masih di belakang PlayStation 3 (87 juta), PlayStation (102.49 juta) dan PlayStation 2 (155 juta).
Tahun ini juga Sony tidak akan melancarkan permainan baharu daripada studio milik mereka.
Satu sinar cahaya dalam laporan kewangan ialah permainan Spider Man 2 telah terjual lebih 10 juta unit. -Amanz
Topic Berkaitan
#PS5
#PlayStation 5
#Sony
#peringkat akhir kitaran hayat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan