Disney bayar denda AS$10 juta selesai dakwaan langgar privasi kanak-kanak

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) pada Selasa mengumumkan bahawa Disney bersetuju membayar penalti sivil berjumlah AS$10 (RM47 juta) bagi menyelesaikan dakwaan pelanggaran undang-undang privasi kanak-kanak persekutuan. - Reuters
WASHINGTON: Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) pada Selasa mengumumkan bahawa Disney bersetuju membayar penalti sivil berjumlah AS$10 (RM40.5 juta) bagi menyelesaikan dakwaan pelanggaran undang-undang privasi kanak-kanak persekutuan melalui kandungan popularnya di YouTube.
Lapor Anadolu Ajansi, penolong Peguam Negara Bahagian Sivil, Brett A. Shumate berkata, pihaknya komited memastikan ibu bapa mempunyai hak untuk menentukan bagaimana maklumat anak-anak mereka dikumpul dan digunakan.
“Jabatan Kehakiman akan mengambil tindakan pantas bagi membanteras sebarang pelanggaran hak ibu bapa untuk melindungi privasi anak-anak mereka,” katanya dalam kenyataan.
Selain mengenakan penalti AS$10 juta, perintah mahkamah turut melarang Disney daripada beroperasi di YouTube dengan cara yang melanggar Akta Perlindungan Privasi Dalam Talian Kanak-Kanak (COPPA) dan peraturan berkaitan.
Sementara itu, Disney juga diwajibkan mewujudkan program pematuhan bagi memastikan syarikat itu mematuhi COPPA di platform YouTube pada masa hadapan. - Agensi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


