KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd (Proton) terus mengorak langkah ke hadapan apabila melancarkan sebuah lagi kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dijenamakan sebagai model X90.
Pelancaran rasmi kenderaan SUV ketiga keluaran syarikat kereta nasional itu dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini hari ini.
Kemunculan X90 juga menjadikan ia model pertama yang menggunakan teknologi hibrid sekali gus membawa jenama Proton untuk turut serta dalam Kenderaan Tenaga Baharu (NEV).
Sebelum ini, Proton telah memperkenalkan model SUV jenis X50 dan X70 yang mencatatkan jumlah jualan agak tinggi berikutan sambutan yang memberangsangkan.
Proton X90 dipasang di Tanjung Malim, Perak lokasi sama bagi model X50 dan X70 keluaran syarikat itu sebelum ini.
Ia tampil dengan empat varian yang bermula dengan harga RM123,800 sehingga RM152,800.
Kerjasama Proton dan Geely itu juga merupakan usaha dalam memastikan produk keluaran nasional turut setanding dengan pengeluaran negara luar terutamanya dari aspek kualiti.
Pengerusinya, Datuk Seri Syed Faisal Albar sebelum ini menyatakan, pelancaran X90 sepatutnya diperkenalkan tahun lalu namun situasi COVID-19 menyebabkan perkara itu tertangguh selain pandemik juga memberi impak kepada industri automatif.
Turut hadir pada majlis perasmian hari ini merupakan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Hilmi Malik
Sun May 07 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama dengan Pengerusi Geely Holding Eric Li (kanan) ketika pelancaran kereta Proton X90 pada Majlis Sambutan 40 Tahun Proton di MITEC hari ini. - Foto BERNAMA
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
PM Anwar rasmi X90, keluaran SUV ketiga Proton
Proton Holdings Bhd terus mengorak langkah ke hadapan apabila merasmikan sebuah lagi kenderaan utiliti sukan (SUV) X90 pada Ahad.