PM Najib ucap tahniah kepada MDEC, Alibaba bagi inisiatif Malaysia City Brain

Bernama
Januari 29, 2018 20:53 MYT
Sistem perbandaran pintar ini akan memberi manfaat yang signifikan kepada rakyat Malaysia, kata Perdana Menteri. - Gambar fail
Datuk Seri Najib Razak merakamkan ucapan tahniah terhadap pihak Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) di atas kerjasama terbaharu dengan Alibaba Cloud bagi memanfaatkan ekosistem kecerdikan buatan (AI) Malaysia.
"Tahniah kepada @mymdec dan @alibaba_cloud. (Saya) gembira dapat melihat ekosistem AI Malaysia menuju selangkah ke depan menerusi inisiatif berimpak tinggi terbaharu, Malaysia City Brain.
"Sistem perbandaran pintar ini akan memberi manfaat yang signifikan kepada rakyat Malaysia," kata Perdana Menteri dalam catatan Twitter terbaharu beliau, pada Isnin.

Congratulations to @mymdec and @alibaba_cloud. Delighted to see Malaysia's Artificial Intelligence ecosystem taking another leap forward with a new high-impact initiative, Malaysia City Brain. This smart city system will benefit Malaysians significantly. pic.twitter.com/tMyxNnL6xS

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) January 29, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Awal semalam, MDEC mengumumkan kerjasamanya dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Alibaba Cloud bagi kemudahan mewujudkan platform Malaysia City Brain.
Inisiatif Malaysia City Brain itu menawarkan pihak berkepentingan dengan aspek komprehensif termasuk pemerolehan, penyepaduan dan analisis data raya yang dijana pelbagai sumber dalam ruang perbandaran menerusi video dan pengenalan imej, perlombongan data dan teknologi pembelajaran mesin.
Ia kini melalui fasa perintis selepas menerima bukti konsep daripada kerajaan pada Ogos tahun lepas.
-- BERNAMA
#Alibaba #Alibaba Cloud #Dewan Bandaraya Kuala Lumpur #kerjasama #Malaysia #Malaysia City Brain #Najib Razak #Perdana Menteri #PM #rakyat Malaysia #Twitter