awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkukuh kefahaman, pegangan terhadap sunah sebagai sumber dan panduan hidup
KKR pertimbang lanjutan enam bulan projek WISE
Gudang terbakar, 76.8 tan limau mandarin musnah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM puji program R.I.S.E. anjuran Maybank, bawa impak positif di ASEAN

Bernama
Bernama
17/04/2025
10:33 MYT
PM puji program R.I.S.E. anjuran Maybank, bawa impak positif di ASEAN
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kumpulan Maybank hari ini. - Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Program pemerkasaan ekonomi R.I.S.E. (Reach Independence and Sustainable Entrepreneurship) di bawah Maybank telah membawa impak positif di Malaysia, Indonesia, Filipina, Laos, Kemboja dan Singapura, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ringkasan AI
  • Program R.I.S.E. di bawah Maybank membawa impak positif di Malaysia, Indonesia, Filipina, Laos, Kemboja, dan Singapura.
  • Usaha berasaskan inklusiviti dan keberdayaan membuka peluang yang lebih luas untuk semua, termasuk golongan kurang bernasib baik dan Orang Kurang Upaya.
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyampaikan anugerah penghargaan kepada peserta program dan memuji inisiatif Maybank dalam memperkukuh semangat keusahawanan.

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata program itu telah membuktikan bahawa usaha yang berasaskan inklusiviti dan keberdayaan mampu membuka peluang yang lebih luas untuk semua.
"Alhamdulillah, saya berpeluang menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kumpulan Maybank hari ini sebelum berlepas bagi lawatan kerja ke Thailand.
"Saya turut berkesempatan menyampaikan anugerah penghargaan kepada para peserta program pemerkasaan ekonomi R.I.S.E., satu inisiatif penting oleh Maybank dalam memperkukuh semangat keusahawanan, khususnya dalam kalangan komuniti kurang bernasib baik termasuk golongan Orang Kurang Upaya di rantau ASEAN.
"Tahniah kepada Maybank atas inisiatif murni ini, moga program seperti ini terus berkembang demi membina masa depan yang lebih adil dan sejahtera," kata beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#R I S E
#Anwar Ibrahim
#ASEAN
#Maybank
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan