awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Saman Renong-UEM: Permohonan Halim Saad untuk kebenaran merayu ditolak
Suri rumah didakwa aniaya anak kandung sehingga cedera
Tuntutan palsu: SPRM tahan tiga individu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'PM pun boleh sampai usia 100 tahun dengan kemajuan IR4.0' - Nazir Razak

Astro Awani
Astro Awani
13/09/2018
09:46 MYT
'PM pun boleh sampai usia 100 tahun dengan kemajuan IR4.0'  - Nazir Razak
NAZIR: Momentum integrasi ekonomi serantau perlu dikenal pasti dengan fenomena IR4.0. Model sekretariat ASEAN perlu ditransformasi untuk perubahan berlaku." - Foto flickr/WEF
Pengerusi Kumpulan CIMB Holdings, Datuk Seri Nazir Razak optimis dengan peluang yang tersedia dalam kepesatan Revolusi Perindustrian 4.0 di rantau ASEAN.
Dalam ucapan penggulungan beliau di Majlis Penutup Forum Ekonomi Dunia tentang ASEAN (WEF ASEAN) 2018, Nazir berkata revolusi era digital di rantau ini menawarkan pelbagai faedah termasuk kecerdasan buatan (Artifical Intelligence), Internet of Things (IoT), pengkomputeran awan (cloud computing) dan analisis data raya.
“Kita perlu beri fokus kepada kelebihan dan manfaat di sebalik revolusi perindustrian keempat ini terlebih dahulu.
"Sekarang kita ada PM berusia 93, kita mungkin mampu ada seorang Perdana Menteri berusia lebih 100 tahun dengan kepintaran Revolusi Industri 4.0,” kata Nazir, yang juga Pengerusi Bersama WEF 2018 dalam edisi ke-27 penganjuran WEF di Hanoi, Vietnam.
Sepanjang tiga hari yang lalu, peserta-peserta dari beberapa buah negara ASEAN termasuk Malaysia mendokong satu aspirasi: untuk menjadikan ASEAN satu hab digital yang kompetitif terutamanya dalam memenuhi tuntutan keperluan Industri 4.0 yang berasaskan teknologi komputer dan pengautomatan.
“
Sekarang kita ada PM berusia 93, kita mungkin mampu ada seorang PM berusia lebih 100 tahun dengan IR4.0
”
- Nazir
Sejak beberapa tahun yang lalu, persekitaran perdagangan telah mengalami perubahan dan rantau ini saling memerlukan antara satu sama lain bagi kepentingan pembangunan digital, tambah Nazir.
“Momentum integrasi ekonomi serantau perlu dikenal pasti dengan fenomena IR4.0. Model sekretariat ASEAN juga perlu suntikan transformasi,” katanya.
Beliau turut mengulangi saranan berhubung pemerkasaan IR4.0 termasuk kepentingan pendidikan, mobiliti sumber manusia dan kesamarataan gender.
Education is vital for economies to benefit from the #4IR, Nazir Razak and Kevin Sneader tell #asean18. Access to capital will also be a significant factor
— World Economic Forum (@Davos) September 13, 2018
The #4IR will be a mindset revolution, says Nguyen Manh Hung. Technology will change the way we live and govern, so soft skills are vital so we can adapt and lead the change, he tells #asean18
— World Economic Forum (@Davos) September 13, 2018
Sidang penutup yang berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Nasional di sini turut dihadiri oleh Pemangku Menteri Maklumat dan Komunikasi Vietnam, Nguyen Manh Hung, Kevin Sneader, Rakan Pengurusan Global, McKinsey & Company dan Ketua Pegawai Eksekutif Plan International, United Kingdom, Anne-Birgitte Albrectsen.
Topic Berkaitan
#ASEAN
#CIMB
#hab digital
#IR4 0
#menteri
#Nazir Razak
#pendidikan
#pengkomputeran awan
#Perdana Menteri
#Revolusi Perindustrian 4 0
#United Kingdom
#Vietnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan