Empat ditahan berhubung ugutan terhadap Ketua Polis Kelantan

Polis telah menahan empat lelaki warga tempatan berhubung ugutan terhadap Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat. - Foto hiasan
KOTA BHARU: Polis telah menahan empat lelaki warga tempatan berhubung ugutan terhadap Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.
Mohd Yusoff berkata kesemua mereka ditahan sejak beberapa hari lepas untuk diambil keterangan bagi siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
"Kita tidak menolak kemungkinan mereka diupah sindiket dadah mahupun along," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Amanat Tahun Baharu dan Perhimpunan Penjawat Awam Kelantan Tahun 2026 di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan Mohd Yusoff menerima ugutan dipercayai daripada sindiket yang terkesan dengan ketegasan pasukan pimpinannya menangani jenayah di negeri ini.
Ugutan itu berupa contengan menggunakan dakwat merah pada dinding lapang sasar di Gunong, Bachok pada 22 Dis lepas.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


