awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pantau tingkah laku anak, elak jadi mangsa jenayah siber
Elak jadi mangsa penipuan rumah kebajikan palsu - Nancy
Empat lelaki ditahan cuba seludup haiwan ternakan guna jalan tikus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PMI China naik pada Mac, aktiviti ekonomi meningkat

Astro Awani
Astro Awani
31/03/2021
02:19 MYT
PMI China naik pada Mac, aktiviti ekonomi meningkat
Pekerja memakai pelitup muka ketika bekerja di sebuah kilang di Hangzhou, dalam wilayah Zhejiang , China, 19 Feb, 2021. (Foto AP)
KUALA LUMPUR: Indeks Pembelian Pengurus (PMI) China untuk sektor pembuatan meningkat kepada 51.9 peratus pada Mac.
Ini adalah peningkatan berbanding 50.9 peratus yang dicatat pada Februari.
Sebarang angka di atas 50 peratus menandakan peningkatan, sementara di bawah angka itu menandakan penguncupan aktiviti perkilangan.
Menurut Biro Statistik China, peningkatan adalah susulan pembukaan semua kilang yang sebelum ini ditutup untuk Cuti Tahun Baharu.
Dalam masa yang sama, PMI untuk sektor bukan pembuatan meningkat lebih tinggi daripada jangkaan kepada 56.3 peratus daripada 51.4 peratus pada Februari.
China meletakkan sasaran pertumbuhan ekonomi di atas 6.0 peratus tahun ini, sedikit rendah berbanding jangkaan penganalisis iaitu lebih 8 peratus.
China adalah satu-satunya ekonomi besar yang tumbuh pada 2020 dengan kadar 2.3 peratus.
Topic Berkaitan
#ekonomi
#China
#PMI
#Indeks Pembelian Pengurus
#sektor pembuatan
#Biro Statistik
#sektor bukan pembuatan
#kilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan