awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
1,000 Sekolah Angkat Madani berjaya ditubuhkan, melebihi sasaran awal - PM Anwar
DUNIA
34 lagi warga Palestin terbunuh dalam dua serangan besar Israel di Gaza
MALAYSIA
Siasatan seleweng dana lebuh raya: Kertas siasatan lengkap dalam tempoh dua bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BUSINESS

PMKS disaran sertai HIP kembangkan industri halal - HDC

Bernama
Bernama
18/05/2023
21:45 MYT
PMKS disaran sertai HIP kembangkan industri halal - HDC
Hairol Ariffein berkata setakat ini hanya 12,000 PMKS menjadi ahli HIP sejak ia ditubuhkan pada 2021 dengan 2,300 daripadanya telah berjaya mendapat sijil halal. - Foto fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) seluruh negara digalak menyertai Platform Bersepadu Halal (HIP) bagi memudahkan mereka dihubungkan dengan industri halal lain selain memperoleh perkhidmatan sokongan dalam perniagaan.
Ketua Pegawai Eksekutif Halal Development Corporation Berhad (HDC) Hairol Ariffein Sahari berkata setakat ini hanya 12,000 PMKS menjadi ahli HIP sejak ia ditubuhkan pada 2021 dengan 2,300 daripadanya telah berjaya mendapat sijil halal.
"Inilah platform usahawan boleh berinteraksi antara satu sama lain dan ada antara mereka yang mempunyai sijil halal boleh menggalakkan rakan lain juga mendapat sijil halal berkenaan.
"Melalui platform ini juga, HDC akan bantu membawa produk mereka ke peringkat yang lebih tinggi," katanya kepada pemberita selepas Program Jelajah Sijil Halal Malaysia 2023 di sini pada Khamis.
Majlis berkenaan dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan Kelantan Datuk Hanifa Ahmad dan turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Datuk Seri Isham Ishak.
Hairol Ariffein berkata bagi mencapai sasaran 50,000 usahawan dan syarikat negara ini memperoleh pensijilan halal menjelang 2030, pihaknya mengadakan usaha sama dengan pelbagai agensi yang berkaitan termasuk Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim).
"HDC juga membantu mendapatkan pembiayaan untuk memudahkan PMKS mendapat pensijilan halal antaranya pembiayaan berjumlah RM100 juta daripada pihak SME Bank pada tahun lepas," katanya.
Dalam pada itu, Hanifa berkata sejumlah 460 produk Kelantan telah mendapat sijil halal sehingga tahun ini membabitkan produk makanan, minuman, hotel dan farmaseutikal.
Katanya kesedaran PMKS untuk mendapatkan sijil halal di Kelantan semakin meningkat kerana dengan adanya logo halal, produk yang dipasarkan lebih mendapat sambutan daripada pengguna.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JAKIM
#MITI
#pelaburan
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami