Permodalan Nasional Berhad (PNB) menjangkakan dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) pada tahun ini sedikit terjejas susulan kelembapan ekonomi akibat pandemik COVID-19, namun akan memastikan ia berada pada kadar kompetitif.
Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Jalil Rasheed berkata, sebagai pengurus dana, PNB akan mengambil langkah konservatif berdasarkan keadaan ekonomi semasa.
"Sehingga kini, PNB berjaya mengagihkan pendapatan yang kompetitif untuk pelabur bagi semua 14 dana yang diuruskan syarikat itu," katanya ketika mengumumkan prestasi kewangan syarikat itu bagi tahun berakhir 31 Disember 2019 di sini secara dalam talian.
Bagaimanapun kata Jalil, PNB mengambil langkah berbeza tahun ini dengan memperkenalkan pelan strategik bagi tahun 2020-2022 dikenali sebagai Focus 4 bagi memacu organisasi itu untuk tempoh tiga tahun akan datang.
Pelan itu katanya dirangka berdasarkan hasil kajian semula jangka masa pertengahan yang dilakukan pada tahun lalu bagi strategik 2017-2022 sebelumnya yang dikenali sebagai STRIVE-15.
Dalam pada itu, Pengerusi PNB, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz memberitahu, PNB mempertahankan perkembangan Aset di Bawah Pengurusannya apabila berjaya mencapai RM312 bilion, melebihi tanda aras RM300 bilion.
Menjelaskannya unit-unit dalam edaran meningkat kepada 7.3 peratus mencapai hampir RM254 bilion pada tahun 2019.
Katanya, PMB turut mengagihkan sejumlah RM13.2 bilion dalam bentuk pengagihan pendapatan dan bonus kepada pemegang unitnya pada tahun kajian, mencapai jumlah keseluruhan agihan pendapatan sebanyak RM200 bilion bagi kesemua 14 dana sejak penubuhan.
"Prestasi yang dicatatkan itu banyak didorong oleh pendekatan pelaburan yang berhemah selaras dengan kepelbagaian pelaburan terbaharu dalam kelas aset dan pasaran kewangan global baharu," katanya.
Zeti menjelaskan, ekuiti awam antarabangsa menjana pulangan tertinggi, menyumbang kepada lebih daripada 11.6 peratus kepada pendapatan kasar keseluruhan bagi tahun 2019, walaupun dengan pendedahan yang sedikit iaitu 5.9 peratus.
Astro Awani
Mon May 04 2020
Jalil Rasheed berkata, sebagai pengurus dana, PNB akan mengambil langkah konservatif berdasarkan keadaan ekonomi semasa.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.