KUALA LUMPUR: Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.25 sen seunit untuk dana utamanya Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2023.
PNB dalam kenyataan hari ini berkata jumlah berkenaan terdiri daripada pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit.
Jumlah pengagihan pendapatan sebanyak RM9.3 bilion akan memanfaatkan 10.8 juta pemegang unit ASB.
Menurut PNB, ASB terus memberikan pengagihan pendapatan yang kompetitif, mengatasi penanda arasnya iaitu kadar Deposit Tetap 12 bulan Maybank.
Bilangan akaun ASB meningkat lebih daripada 200,000 kepada 10.8 juta akaun pada 2023, menunjukkan keyakinan berterusan terhadap ASB sebagai instrumen simpanan dan pelaburan penting bagi golongan bumiputera dalam perancangan kewangan mereka.
Pengerusi Kumpulan PNB Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berkata, di sebalik keadaan pasaran yang sentiasa berubah-ubah, PNB telah secara konsisten memberikan pulangan yang kompetitif melalui dana harga tetap yang kesemuanya telah mengatasi penanda aras mereka selama ini.
"Oleh itu, orang ramai digalakkan agar terus menyimpan untuk jangka masa panjang dan masa depan yang terjamin. Tahun ini, kami menyaksikan peningkatan dalam bilangan akaun kepada 15.6 juta setakat Oktober 2023 (daripada 15.2 juta tahun lepas).
"Populariti berterusan produk unit amanah kami terbukti melalui Kajian Literasi Kewangan Malaysia RinggitPlus (RMFLS) 2023 dengan produk ASNB mengekalkan kedudukan sebagai pilihan pelaburan paling popular," katanya dalam kenyataan sama.
Menurut Kementerian Kewangan, ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang 4.0 peratus pada 2023 dengan sokongan berterusan penggunaan domestik yang kukuh, perbelanjaan infrastruktur serta pemulihan dalam sektor pelancongan.
Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan lebih kukuh sebanyak 3.3 peratus pada suku ketiga 2023 berbanding 2.9 peratus pada suku kedua 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 21 2023
Pada 2022, pengagihan pendapatan ASB adalah 4.6 sen seunit, merangkumi agihan pendapatan sebanyak 3.35 sen seunit dan bonus sebanyak 1.25 sen seunit.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Iraq lulus akta penjara maksimum 15 tahun
Parlimen Iraq meluluskan undang-undang yang menjenayahkan hubungan sejenis dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun pada Sabtu.
PNB umum agihan pendapatan 5.25 sen bagi ASB
ASNB mengumumkan agihan pendapatan 4.25 sen seunit dan bonus 1.0 sen seunit kepada pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.
Elak berhutang untuk pelaburan ASB - Asyraf Wajdi
Orang ramai perlu mengelakkan diri daripada berhutang untuk melabur dalam ASB susulan kadar dividen yang semakin menyusut.
ASB, ASB 2, ASM tarik tambahan RM3.5 bilion selepas had pelaburan ditingkat - PNB
Peningkatan had pelaburan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) dan Amanah Saham Malaysia (ASM) telah menyumbang penambahan sebanyak RM3.5 bilion dalam tempoh tiga bula
PNB umum agihan pendapatan ASB 4.60 sen, bonus tambahan 0.50 sen
Pengumuman berkenaan merangkumi pengagihan pendapatan 4.60 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit.
MSAM 2022: PNB lancar ASN Sukuk
Permodalan Nasional Berhad (PNB) melancarkan dana unit amanah pendapatan tetap yang dikenali sebagai ASN Sukuk menerusi ASNB.
Bajet 2023: Kenaikan had maksimum pelaburan ASB, ASB2 dorong budaya menyimpan
Langkah menaikkan had maksimum pelaburan individu bagi ASB dan ASB2 kepada RM300,000 dapat menyemai budaya menyimpan serta tabiat pelaburan rakyat Malaysia.
Bajet 2023: Had pegangan ASB, ASB2 dinaik kepada RM300,000 - Tengku Zafrul
Jumlah had pegangan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan ASB2 dinaikkan kepada RM300,000, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Kerajaan dicadang naikkan had maksimum pelaburan ASB kepada RM400,000 - Najib
Kerajaan dicadangkan untuk menaikkan had maksimum pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) daripada RM200,000 kepada RM400,000, sebagai usaha menggalakkan rakyat menyimpan dan menjana pendapatan pasif.
Syed Saddiq mengaku tidak bersalah dua pertuduhan pengubahan wang haram
Mahkamah menetapkan 10 September depan untuk sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen Kuala Kumpur.
PNB umum pengagihan pendapatan RM1.55 bilion untuk lima dana
PNB berkata lima dana itu termasuk dua dana harga tetap iaitu ASB 2 dan ASM serta tiga dana harga berubah-ubah iaitu ASN Equity 3, ASN Imbang 2 dan ASN Sara 1.