Permodalan Nasional Bhd (PNB) yang ditubuhkan 40 tahun lepas, kini merupakan syarikat pengurusan pelaburan terbesar di Malaysia dengan jumlah dana RM279 bilion, kata Pengurusi Kumpulan itu, Tan Sri Abdul Wahid Omar.
Beliau berkata 98 peratus daripadanya dilaburkan dalam negara untuk membantu mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan dan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia, termasuk memberi peluang yang saksama kepada golongan profesional Bumiputera terlibat dalam sektor korporat.
Sejak penubuhan PNB, lebih RM172 bilion dividen terkumpul dibayar kepada pemegang unit, katanya dalam ucapan sempena ulang tahun ke-40 PNB pada Sabtu.
Tahun lepas, agihan dividen dan bonus bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta unit Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang lain melibatkan pembayaran sebanyak RM14.4 bilion.
Abdul Wahid berkata, 70 peratus daripada dana tersebut di laburkan dalam saham-saham tersenarai/ekuiti awam.
"Pelaburan dalam saham-saham tersenarai bernilai RM200 bilion, merangkumi lebih 10 peratus daripada nilai modal pasaran syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.
"Ini termasuk 10 syarikat strategik iaitu Maybank, Sime Darby Plantation, Sime Darby Berhad, Sime Darby Property, SP Setia, UMW Holdings, UMW Oil Gas, CCM, CCM Duopharma dan MNRB.
"PNB juga memiliki pelaburan dalam lebih 40 syarikat Teras seperti TM, Axiata, MMC, TNB dan BIMB Holdings dengan PNB memiliki lebih 10 peratus ekuiti atau nilai pelaburan lebih RM1 bilion dalam syarikat tersebut," katanya.
Wahid juga berkata, PNB dan ASNB mempunyai lebih 1,500 pekerja, dengan separuh daripadanya terdiri daripada anak muda di bawah 40 tahun.
"Jika dicampur dengan kesemua warga syarikat strategik, jumlahnya lebih besar iaitu melebihi 179,000 orang.
"Separuh daripadanya di Malaysia dan separuh lagi di luar negara. Saya bangga kerana 50,000 daripada mereka merupakan rakyat Malaysia," katanya.
Dari segi kepelbagaian gender, sebahagian besar daripada bakat di PNB terdiri daripada kalangan wanita, dan syarikat strategik PNB mematuhi ketetapan 30 peratus ahli Lembaga Pengarah terdiri daripada wanita.
Tiga daripada 10 syarikat strategiknya dipengerusikan oleh wanita.
"Mereka terdiri daripada Datuk Mohaiyani Shamsuddin (Pengerusi Maybank), Datuk Normala Abdul Samad (Pengerusi CCM) dan Tan Sri Siti Sa'adiah (Pengerusi CCM Duopharma). Satu lagi contoh ialah Timbalan Presiden PNB yang merupakan satu daripada tiga Timbalan Presiden di PNB.
"Kita juga ada CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) wanita, Datin Paduka Kartini, dan Puan Nik Fazila, CEO di CCM," kata Abdul Wahid.
Tenaga kerja PNB juga bekerja keras melaksanakan kesemua 15 inisiatif strategik di bawah tiga teras 'STRIVE-15' yang menýasarkan peningkatan pulangan secara mampan, pengurusan pelaburan berkesan dan memacu kecemerlangan operasi.
Pada November 2016, Wahid dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB Datuk Abdul Rahman Ahmad mengumumkan pelan STRIVE-15 PNB bagi 2017-2022, dengan matlamat menjadikan PNB sebagai firma pelaburan distinktif bertaraf dunia.
"Alhamdullilah, kesemuanya berjalan lancar dan telah membuahkan pelbagai kejayaan termasuk peningkatan pendapatan yang membolehkan PNB membayar dividen dan bonus sebanyak 7.25 sen serta bonus khas 1.00 sen untuk 10,000 unit pertama kepada pemegang unit ASB sempena ulang tahun PNB yang ke-40," kata Abdul Wahid.
Pengagihan dividen dan bonus ASB serta unit-unit amanah ASNB yang lain melibatkan sejumlah RM14.4 bilion untuk tahun 2017 dan lebih RM172 billion jumlah terkumpul dividen yang telah dibayar kepada para pelabur sejak PNB ditubuhkan, katanya.
Abdul Wahid berkata kini PNB mempunyai 13.3 juta pelabur.
Beliau juga berkata sempena ulang tahun ke-40 PNB, barisan kepimpinan PNB menyuarakan penghargaan kepada bekas pemimpin PNB, bermula daripada Allahyarham Tun Ismail Ali dan Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid atas jasa, bakti dan pengorbanan ke atas institusi itu.
Penghargaan juga kepada ketua-ketua Pegawai Eksekutif terdahulu iaitu Tan Sri Desa Pachi, Tan Sri Khalid Ibrahim, Datuk Seri Mohd Hilmey dan Tan Sri Hamad Kama Piah yang telah membina PNB sehingga menjadi sebuah institusi nasional yang berintegriti, kata Abdul Wahid. -- Bernama
Bernama
Mon Mar 19 2018
Sejak penubuhan PNB, lebih RM172 bilion dividen terkumpul dibayar kepada pemegang unit.
Isu boikot KK Mart: Teliti situasi, pandangan sebelum ambil tindakan - Mohd Na'im
Jelas Mohd Na'im, pandangan mufti itu pastinya mengambil kira kesan boikot pada jenama tertentu dan mereka yang terlibat.
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Saya ada hutang tapi bukan dengan ah long' - Calon PN
Calon PN, Khairul Azhari Saut menegaskan perkara tersebut merupakan fitnah jahat terhadap dirinya.
Ringgit dijangka diniaga secara berhati-hati minggu depan
Ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati berbanding dolar AS dalam masa terdekat.
Kuota untuk jemaah Malaysia tunai haji tahun ini telah penuh
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar memaklumkan bahawa kuota 31,600 untuk untuk jemaah Malaysia bagi musim haji tahun ini telah pun penuh.
AS tidak sokong operasi ketenteraan Israel di Rafah
Amerika Syarikat tidak melihat rancangan Israel untuk meletakkan operasi ketenteraan di Rafah adalah sebagai satu rancangan yang selamat dan komprehensif
Pesawat ringan terhempas: Jurulatih, pelatih penerbangan terselamat - Bomba Perak
Kedua-dua mangsa yang selamat itu, Kapten Shahrul Imran, 26, mengalami patah paha kiri manakala pelatih tersebut pula, Le Ho Jia, 20, cedera di muka.
39 disahkan maut, puluhan masih hilang
Hujan lebat yang melanda negeri Rio Grande do Sul di selatan Brazil mengorbankan sekurang-kurangnya 39 mangsa, kata pihak berkuasa tempatan yang menjangkakan peningkatan angka kematian kerana puluhan lagi masih hilang.
Agong, Permaisuri zahir ucapan penghargaan kepada warga JBPM
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan Selamat Hari Bomba Sedunia 2024 kepada seluruh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) atas khidmat dan bakti mereka kepada negara dan masyarakat.//
Turut menzahirkan ucapan itu ialah Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Turut menzahirkan ucapan itu ialah Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Bomba Sedunia
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan Selamat Hari Bomba Sedunia 2024 kepada seluruh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
[TERKINI]Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Penguasaan korporat Bumiputera di Bursa Malaysia hanya 7 peratus - Abdul Wahid
Penguasaan korporat Bumiputera dalam kalangan syarikat tersenarai awam, Public Listed Company (PLC) setakat tahun 2022 hanyalah 7 peratus.
Kerajaan gesa kepada lebih banyak penglibatan belia bagi bentuk agenda ESG Malaysia
Hanifah berkata, belia perlu bersuara dalam pembangunan inisiatif kemampanan dan menjadi sebahagian daripada agenda hijau.
Bank perlu senaraikan anak syarikat perbankan Islam - Bursa Malaysia
Bursa Malaysia Bhd menggalakkan institusi kewangan supaya mula meneroka kemungkinan menyenaraikan anak syarikat perbankan Islam masing-masing walaupun menghadapi cabaran instrumen ekuiti patuh syariah
WEF iktiraf usaha peralihan tenaga Malaysia sebagai terbaik di Asia Tenggara - Abdul Wahid
WEF mengiktiraf kemajuan dan rancangan Malaysia untuk memastikan peralihan tenaga dilaksanakan tepat pada masanya dan bersesuaian.
Wujudkan budaya beramanah untuk program pemberi maklumat yang efektif - Wahid Omar
Mewujudkan persekitaran yang beramanah secara dalaman dan luaran adalah penting untuk organisasi bagi memastikan program pemberi maklumat atau 'whistleblower' yang efektif.
Belanjawan 2023: Sektor korporat ceria tanpa Cukai Makmur - Wahid Omar
Ketiadaan Cukai Makmur yang berpotensi mengurangkan lima hingga enam peratus daripada pendapatan saham-saham komponen FBM KLCI 2023, memberikan kelegaan besar kepada sektor korporat.
Bursa Malaysia lancar BCX, dagangan karbon patuh syariah pertama
Bursa Malaysia Berhad hari melancarkan Bursa Carbon Exchange (BCX) bagi Pasaran Karbon Sukarela (VCM) yang mematuhi syariah, pertama seumpamanya di dunia.
Ketiadaan cukai makmur jadi petanda baik bagi pasaran modal - Bursa Malaysia
Ia berpotensi mengurangkan unjuran EPS 2023 bagi FTSE Bursa Malaysia KLCI sebanyak lima hingga enam peratus.
Malaysia dijangka tidak alami kemelesetan, disokong kepelbagaian ekonomi - Abdul Wahid
Ekonomi Malaysia kurang bergantung kepada komoditi, selain mengamalkan dasar pragmatik dan responsif.
Aliran masuk tunai bersih pasaran ekuiti catat RM6.3 bilion setakat Julai - Abdul Wahid
Pasaran modal domestik kekal teratur dengan pasaran ekuiti mencatat aliran masuk tunai bersih sebanyak RM6.3 bilion setakat Julai lepas biarpun dalam keadaan tidak menentu kebelakangan ini.