Skip to main content

Malaysia

Dua maut, seorang cedera nahas kereta dan lori di Gerik

Dua maut manakala seorang cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan ayam di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Gerik, tengah malam tadi. - Gambar ihsan JBPM
Dua maut manakala seorang cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan ayam di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Gerik, tengah malam tadi. - Gambar ihsan JBPM
Advertisement

IPOH: Dua maut manakala seorang cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan ayam di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Gerik, tengah malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, bomba menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada 12.52 tengah malam. 

Beliau berkata, mangsa Razali Shakri, 45, dan Normalizah Abd Manap, 36, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).

Advertisement

“Seorang lagi wanita yang menaiki kereta jenis Honda Civic itu mengalami kecederaan manakala pemandu dan kelindan lori jenis Isuzu terbabit tidak cedera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata, bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dan wanita yang cedera diserahkan kepada petugas KKM manakala mayat kepada polis untuk tindakan selanjutnya. 

Advertisement

Operasi yang melibatkan pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik tamat pada 3.40 pagi.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement