awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pos Malaysia Berhad lancar imej baharu perkhidmatan linehaul

Bernama
Bernama
27/06/2015
08:42 MYT
Pos Malaysia Berhad lancar imej baharu perkhidmatan linehaul
Penjenamaan imej baharu itu melibatkan 353 unit lori bagi meningkatkan tahap keberkesanan dalam operasi penghantaran surat dan bungkusan ke semua destinasi di seluruh negara. - fotoBERNAMA
Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) hari ini melancarkan imej baharu perkhidmatan linehaul mereka sebagai satu daripada usaha untuk meningkatkan keberkesanan dalam operasi penghantaran surat dan bungkusan ke semua destinasi di seluruh negara.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia, Azlan Shahrim berkata penjenamaan itu melibatkan 353 buah lori yang 94 daripadanya merupakan unit baharu dan melibatkan kos RM21.3 juta.
"Diharapkan dengan imej dan kenderaan baharu ini ia dapat merangsang semangat para pekerja Pos Malaysia untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pengguna," katanya kepada pemberita semasa pelancaran imej berkenaan di sini hari ini.
Majlis disempurnakan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.
Sementara itu dalam sidang media yang sama Jailani berkata perkembangan pesat perniagaan dalam talian memerlukan perkhidmatan pos untuk mengadaptasi teknologi moden bagi penghantaran bungkusan.
"Saya difahamkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Pos Malaysia telah pun mengadakan perbincangan bagi mengenal pasti apakah peralatan berteknologi moden yang boleh diadaptasi bagi memastikan perkhidmatan terbaik dapat disalurkan kepada pengguna," katanya.
Jailani dan Azlan kemudiannya bersahur bersama kira-kira 500 petugas Pos Malaysia.
Topic Berkaitan
#linehaul
#pos malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan