BISNES
Powerplant, restoran berkonsepkan “K-Drama”, tambat hati ramai

Reza (gambar) berharap dengan menawarkan keselesaan dan pelbagai makanan Korea yang enak, lebih ramai pengunjung akan cuba merasai pengalaman itu sendiri di Powerplant. - Foto Astro
Cheras: Restoran dengan konsep moden Korea, Powerplant Eko Cheras Mall berjaya menambat hati ramai setelah tujuh tahun ditubuhkan.
Ringkasan AI
- Restoran dengan konsep moden Korea, Powerplant Eko Cheras Mall berjaya menambat hati ramai setelah 7 tahun ditubuhkan.
- Menurut Pengurus Operasi Jualan & Perkhidmatan, Reza Redhzuan Ooi restoran tersebut menyediakan pelbagai juadah istimewa makanan Korea di samping suasana seakan-akan berada di negara itu.
- Fakta menarik di sebalik penubuhan restoran itu adalah minat mendalam pengasas terhadap drama Korea.
“Satu hari pengasas memanggil saya dan menyuarakan idea untuk bersama-sama tubuhkan restoran berkonsepkan moden Korea sebab ketika itu dia minat dengan K-Drama (drama Korea).
“Drama dari negara itu pun sering kali menjadi pilihan ramai jadi ia seolah-olah menjadi satu trend, dan orang ramai juga terpengaruh dengan pelbagai makanan dipaparkan dalam drama-drama Korea.
“Sepanjang tujuh tahun, apa yang kita ada dekat sini kebanyakannya masakan Korea.
“Kita ada beberapa jenis makanan popular dan sering dipesan pelanggan seperti Hotpot, Twin Wings Chicken dan Chicken Wings,” katanya ketika ditemu bual di Powerplant cawangan Eko Cheras Mall.
Selain itu, pengunjung sering kali berkunjung untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan selepas waktu bekerja bagi menonton perlawanan sukan secara langsung menerusi langganan pakej Astro BizOne .
“Astro banyak memaparkan live games (perlawanan sukan secara langsung) jadi itu penting untuk pelanggan saya kerana setiap kali mereka datang sini mereka akan demand (minta) untuk kami paparkan saluran sukan.
“Jadi kami sangat memerlukan platform seperti pakej Astro BizOne kerana ada permintaan daripada pelanggan,” tambahnya.
Sementara itu, salah seorang pelanggan tetap berkongsi pengalaman dan makanan kegemarannya sekiranya berkunjung ke restoran berkenaan.
“Kebiasaannya saya selalu order (pesan) makanan yang sangat unik di sini iaitu seaweed tuna kimchi rice ball.
“Dekat luar susah nak cari menu rice ball jadi di sini ada satu keunikan yang membuatkan saya sering datang.
“Dan tempat ni sangat selesa, selain ada live music saya juga boleh berbual dengan kawan-kawan.
“Lagi satu benda yang buat saya suka restoran ini sebab ada Astro channel (saluran) jadi saya boleh tonton saluran sukan atau hiburan Astro,” ujar Agnes Teh
Astro BizOne Rewards memberi peluang eksklusif kepada pemilik F&B yang melanggan untuk mempromosi jenama perniagaan melalui liputan istimewa di Astro AWANI.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami